Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kehadiran Motosikal Jenama Lain, Menghangatkan Lagi Program Himpunan Pemilik Kawasaki Berjaya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-11-02
in BULETIN, UTAMA
0

Sambutan yang sangat luar biasa dan benar-benar di luar jangkaan. Bukan sahaja mengulangi kejayaan penganjuran kali pertama, Kawasaki Retro yang diadakan buat kali kedua anjuran RetroStreetPerak dengan kerjasama FAMA dan RTC Perak ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan sebanyak 3,280 unit motosikal Kawasaki.

RTC Gopeng ini tidak hanya menghimpunkan motosikal jenama Kawasaki, malah penganjuran kali ini turut disertai sebanyak 2,000 unit motosikal dari pelbagai jenama. Lebih menarik lagi, kesemua motosikal disusun mengikut jenis-jenis motosikal sempena konsep yang dibawakan program ini. Tersusun dan kemas yang mendapat pujian dari para pengunjung.

Walaupun berjaya menghimpunkan ribuan motosikal, program yang diadakan pada 29 Oktober lalu ini tidak dicemari dengan deruman enjin motosikal. Sebaliknya, ia berlangsung dengan tenang tetapi tetap meriah dengan kehadiran para peserta dari seluruh negeri yang menghantarkan wakil memeriahkan lagi penganjuran Kawasaki Retro 2 ini.

Penganjur RetroStreet yang dipengerusikan oleh saudara Fuad Ipoh ini amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima. Semua kru dan team telah bekerjasama dengan cukup baik, ditambah pula dengan kehadiran para peserta yang memberikan kerjasama luar biasa serta berdisiplin. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Selain perhimpunan atau gathering sebagai aturcara utama, segmen Motorshow turut diselitkan serta menyediakan sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan. Sambutan untuk segmen motorshow ini amat menggalakkan. Tambahan pula, para peserta ditempatkan di bahagian parking seperti tetamu VVIP yang dipisahkan dengan tali merah, berhadapan pula dengan pentas utama. Sebanyak 90 unit motosikal telah mengambil bahagian untuk segmen kali ini.

Pihak penganjur bebesar hati menerima kehadiran wakil majalah Roadstar yang lebih dikenali sebagai Pak Art. Tidak pernah gagal dan sentiasa turun padang memberikan sokongan. Begitu juga dengan barisan penaja yang terdiri daripada Koyoko, FKR, Bengkel-bengkel motosikal serta sahabat-sahabat permotoran dua roda yang lain.

Program yang dimulakan seawal pukul 9.00 ini telah melabuhkan tirainya sekitar jam 5.00 petang dengan segmen yang dinanti-nantikan iaitu Hadiah Cabutan Bertuah. Sebuah motosikal Kawasaki Victor menjadi hadiah utama segmen ini dan dimenangi oleh peserta yang datang dari Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pihak penganjur juga amat berterima kasih kepada pihak penaja khususnya FAMA dan RTC Gopeng kerana sudi bekerjasama setiap kali program diadakan. Semoga kerjasama ini akan berterusan untuk program-program yang akan datang.

Previous Post

Menanti Anda Di Bilik Pameran Wakil Pengedar Seluruh Malaysia

Next Post

Dikunjungi Lebih 15,000 Orang, Penganjuran Julung Kali Paling Havoc!

Next Post

Dikunjungi Lebih 15,000 Orang, Penganjuran Julung Kali Paling Havoc!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved