Baru-baru ini, Nmoto telah mengumumkan perkembangan salah satu model terbaharunya – Golden Age. Mengimbas kembali hari-hari yang mendamaikan sebelumnya tercetusnya ‘perang’ pengangkutan yang sama di antara kelajuan, gaya dan juga kemahiran, Golden Age merakam sentimen ini dan dijelmakan dalam dunia moden.
Nmoto sering diinspirasikan dengan rekaan Art Deco tetapi dalam masa yang sama turut menyuntik elemen futuristik sepertimana juga klasik, sama dan seiring. Menurut pengasas Nmoto, Alexander Niznik, gabungan garis tanpa sempadan masa dengan kemampuan moden, Golden Age menyalurkan prototaip Henderson Courtney tahun 1936 dan menggunakan BMW C400X baharu sebagai asasnya.
Model ini bakal dikuasakan oleh enjin BMW 350cc yang menghasilkan kira-kira 53hp serta dilengkapi kemudahan moden, berteknologi terkini dan boleh dipercayai pada C400X. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pusat graviti yang rendah, Golden Age ini direka agar lebih kukuh dan lincah terutamanya untuk penunggangan di bandar, sangat praktikal dan penampilannya juga cukup segak.
Sebagaimana model-model keluaran Nmoto yang terdahulu, lebih banyak perincian dan juga kerja tangan dilengkapkan ke atas setiap model Golden Age ini. Rekaan model ini sudah pun lengkap seperti yang dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang disertakan dan penghasilan prototaip yang akan didedahkan kepada umum bakal diadakan pada musim bunga tahun 2021. – Nmoto