Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Definisi Baharu Pengembaraan, Kekalkan Identiti Retro Moden

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-08-18
in BULETIN, UTAMA
0

Aveta Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen motosikal tempatan dengan pelancaran Ranger Max Explorer serba baharu, sebuah cub kembara yang kini tampil lebih mantap dan berdaya saing. Model ini dibangunkan berdasarkan kejayaan pelancaran asal pada tahun 2023 yang mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penunggang, sekali gus menjadikannya cub kembara pertama seumpamanya di Malaysia.

Versi baharu ini mengekalkan identiti retro moden yang menjadi tarikan utama, namun dengan pelbagai penambahbaikan utama. Aveta memperkenalkan pilihan warna baharu untuk varian Standard, di samping menambah varian edisi khas (SE) yang disesuaikan untuk penunggang bandar. Kedua-duanya direka untuk memberikan keseimbangan antara gaya, prestasi dan praktikaliti.

Dari aspek teknikal, Ranger Max Explorer kini lebih selamat dan tahan lasak. Peningkatan ketara termasuk penggunaan brek cakera hadapan dan belakang untuk kawalan lebih yakin, reka bentuk mudguard serta fender baharu yang lebih efektif menangkis lumpur dan percikan air, serta pemegang dengan cengkaman mantap. Rangka T-bone berpaten juga diperkukuh, mengekalkan struktur ringan tetapi menawarkan kestabilan lebih baik.

Selain itu, ruang kelegaan tanah ditingkatkan kepada 190mm, membolehkan tunggangan off-road lebih lancar dan selamat. Aveta turut memperhalusi beberapa komponen penting seperti sistem penyerap hentakan, pendawaian, meter kelajuan, kabel throttle, swingarm, footpeg pembonceng dan mainstand. Sistem bahan api baharu menggantikan pam vakum lama, memberi prestasi lebih efisien dengan berat keseluruhan kekal ringan pada 115kg.

Untuk varian Standard, gaya pengembaraan dikekalkan dengan rim jejari 18 inci (hadapan) dan 16 inci (belakang) yang diperkuat, serta tayar dua guna sesuai untuk laluan bandar dan lasak. Ditawarkan dalam warna Iron Grey, varian ini mengekalkan harga asal yang berpatutan iaitu RM6,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), menjadikannya antara cub kembara paling mampu milik dalam kelasnya.

Varian Special Edition (SE) pula lebih menonjol dengan gaya urban moden. Ditawarkan dalam warna eksklusif Storm Blue, ia hadir dengan rim sport dua tona 17 inci, tayar tubeless berprestasi tinggi, serta pelindung ekzos bergaya. Varian ini lebih sesuai untuk penggunaan bandar tanpa mengorbankan semangat pengembaraan, dengan harga RM7,188 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Model ini lahir hasil maklum balas pelanggan dan penyelidikan teliti. Ranger Max Explorer serba baharu dibina lebih berkuasa, lebih tahan lasak dan lebih menyeronokkan. Sama ada di laluan off-road atau di jalan bandar, motosikal ini direka untuk memberikan keyakinan, kebebasan dan keseronokan kepada penunggang.

Menariknya, sempena pelancaran ini Aveta menghadiahkan top box belakang 36 liter eksklusif bernilai RM599 kepada 25 pembeli terawal. Aksesori premium ini melengkapkan lagi gaya hidup mobiliti pengembaraan, sama ada untuk perjalanan jauh mahupun kegunaan harian. Ranger Max Explorer kini boleh didapati di semua pengedar Aveta seluruh negara.

Previous Post

Naked Gaya Sporty, Jadi Tarikan Penunggang Muda Mudi

Next Post

Aksi Padat & Penamat Mendebarkan di Pusingan 6

Next Post

Aksi Padat & Penamat Mendebarkan di Pusingan 6

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved