Model sport naked terbaharu iaitu QJMOTOR SRK250S yang diperkenalkan oleh QJMOTOR Malaysia dilihat mampu menarik perhatian penunggang muda dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan motosikal dalam segmen sports.
Jentera yang dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap, bersesaran 249cc berserta sistem penyejukan cecair, mampu menjana kuasa maksimum 20.5kW pada 9,500rpm dan tork puncak 22.5Nm pada 7,250rpm. Saiz piston dan lejang ialah 72.0mm x 61.2mm.
QJMOTOR SRK250S menggunakan transmisi 6-kelajuan dengan sistem pacuan akhir jenis rantai, serta klac jenis basah berbilang plat. Sistem suntikan bahan api jenis EFI memastikan penjimatan bahan api optimum manakala penghidupan elektrik menjadikan permulaan enjin lebih mudah.
Dari segi reka bentuk, ketrampilan yang diperlihatkan kepada media permotoran tempatan tidak kurang hebat berbanding jenama lain. Jentera ini berukuran 2,010mm panjang, 810mm lebar dan1,070mm tinggi, dengan jarak roda 1,370mm dan kelegaan tanah 135mm.
Untuk mereka yang bersaiz rendah, ketinggian tempat duduk motor ini 780mm dan berat kering adalah 148kg dilihat cukup sesuai untuk penunggang baharu dan berpengalaman. Sistem suspensi terdiri daripada fork terbalik (upside-down) di bahagian hadapan dan monoshock teleskopik boleh laras yang dilengkapi gegelung dan redaman minyak di bahagian belakang. Saiz tayar hadapan ialah 110/60-R17 dan belakang 140/60-R17.
Untuk sistem pemberhentian, QJMOTOR SRK250S dilengkapi brek cakera depan bersaiz 300mm dan belakang 240mm, kedua-duanya disokong sistem ABS. Paparan meter digital turut disediakan bersama pencahayaan LED sepenuhnya, suis lampu hazard, port USB Type-A, tempat duduk dua tingkat serta rekaan ekzos bergaya.
QJMOTOR SRK250S menawarkan fungsi sambungan Bluetooth yang membolehkan penunggang menjawab dan menamatkan panggilan terus dari motosikal. Setakat tempoh pelancarannya, ciri ini hanya menyokong peranti Android, namun akan dikemaskini dengan memberikan akses kepada peranti IOS juga dalam masa terdekat.
Dengan penampilan urban dan prestasi cemerlang, QJMOTOR SRK250S merupakan pilihan ideal bagi mereka yang ingin tampil bergaya sambil mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian. QJMOTOR SRK250S hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Kelabu, dengan penawaran tag harga bermula RM9,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Spesifikasi QJMOTOR SRK250S
Enjin : Silinder Tunggal, 4-injap, 4-lejang
Kuasa : 249cc
Sistem Penyejukan : Penyejukan Cecair
Diameter x Jarak : 72.0 x 61.2
Kuasa Maksimum : 20.5kW @ 9,500rpm
Maksimum Tork : 22.5Nm @ 7,250rpm
Jenis Klac : Wet, Multi-plate
Sistem Penghidup : Elektrik
Jenis Transmisi : 6-gear, Rantai
Sistem Bahan Api : EFI
Panjang x Lebar x Tinggi : 2,010 x 810 x 1070 (mm)
Jarak Roda : 1,370 (mm)
Ketinggian Tempat Duduk : 780(mm)
Kapasiti Bahan Api : 12.5 (L)
Kelegaan Bumi : 135
Berat Bersih : 148 (kg)
Brek Hadapan : 300mm, Cakera, ABS
Brek Belakang : 240mm, Cakera, ABS
Tayar Depan : 110/60-R17
Tayar Belakang : 140/60-R17
Suspensi : Telekopik Jenis Terbalik (Depan) Adjustable Monoshock