Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Adventure Touring Paling Berkuasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-10-03
in BULETIN, UTAMA
0

Ramai memperkatakan bahawa kehadiran Ducati Multistrada V4 S Grand Tour ibarat kelahiran sebuah jentera pengembaraan. Malah, model ini juga turut dikaitkan antara jentera adventure touring paling berkuasa ketika ini.

Kehadiran ahli baharu dalam model segmen ‘Adventure Touring’ popularnya Multistrada, baru-baru ini yang dilengkapkan dengan nama cukup sinonim dengan aktiviti jelajah, Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) sememangnya menyesakkan dada para penggemar motosikal dalam segmen touring.

Seperti namanya ‘Grand Tour’ atau GT, jentera ini boleh dianggap sebagai model serba lengkap bagi mereka yang ‘Hard Core’ aktiviti penjelajahan bermotosikal daripada Ducati. Memiliki semua ciri standard Ducati Multistrada V4 S, apa yang menjadi keistimewaan buat versi ‘Grand Tour’ adalah ciri tambahan bukan saja ‘jajan’ kelengkapan atau aksesori, malah termasuk dari sudut elektronik.

Bermula di bahagian trenkuasa, Multistrada V4 S Grand Tour (2024) kekal dengan enjin bersesaran 1,158cc V4 Granturismo yang menghasilkan sekitar 170 Hp pada 10,500 rpm dan tork 125 Nm pada 8,750 rpm. Apa yang menarik, dengan enjin ini saja, ia boleh mengurangkan ‘pening’ pemiliknya berikutan selang servis yang panjang.

Berdasarkan rekomendasi Ducati, penukaran minyak enjin hanya perlu dilakukan setiap dua tahun atau 15,000 km dan servis ‘Valve’ hanya perlu dilakukan selang 60,000 km. Dari sudut elektronik, Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) turut dihasilkan untuk menyambut ulang tahun ke-20 penghasilkan Multristrada ini turut memiliki sistem canggih ‘Travel & Radar’.

Justeru, ia turut datang dengan ciri ‘Adaptive cruise control’ dan ‘Blind spot detection’. Datang dengan empat mod tunggangan – Sport, Touring, Enduro dan Urban, dua mod iaitu Sport dan Touring menawarkan kuasa penuh namun untuk mod Enduro dan Urban, kuasanya dihadkan kepada 112.6 Hp.

Di bahagian suspensi Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) menggunakan sistem ‘Skyhook semiactive suspension’ yang turut hadir dengan fungsi ‘Easy Lift’ dan Ducati ‘Minimum Preload’. Sebagai motosikal yang dipadankan dengan sistem unit pengukuran inersia (IMU), ia turut datang dengan sistem seperti Kawalan Wheelie Ducati (DWC), Kawalan Traksi Ducati (DTC), Lampu Belok Ducati (DCL), Kawalan Pegun Kenderaan (VHC) dan ABS Belok.

Di bahagian panel meter, ia menggunakan panel meter TFT 6.5 inci yang seperti biasa, lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit, navigasi dan sebagainya namun apa lebih menarik, kapasiti tangki minyakmua cukup besar iaitu 60 liter.

Ciri-ciri lain yang datang secara standard termasuklah Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), lampu LED tambahan, tongkat tengah, grip hendal dan pelana dengan fungsi pemanas.

Kepada yang merasakan apa yang diberikan untuk model GT ini masih tidak mencukupi, Ducati masih memiliki pakej tambahan seperti pilihan pelana, kit merendahkan suspensi, visor angin, beg tambahan, perkakasan gentian karbon dan aluminium dan lampu isyarat LED dinamik dengan bayaran tambahan.

Untuk mereka yang berada di bumi Amerika Syarikat, tag harga jualan yang diumumkan untuk Ducati Multistrada V4 S Grand Tour (2024) adalah AS$ 27,895 (RM 130,832) tapi awas bagi mereka yang berada di sini kerana jangan berangan dan menjangkakan harga lebih kurang sama untuk pasaran di Malaysia pula.

Previous Post

Jadi Tumpuan Para Peserta Luar & Dalam Negara!

Next Post

Dari Lembah Klang Ke Harimau Selatan

Next Post

Dari Lembah Klang Ke Harimau Selatan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved