Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Jentera Latihan Ke ‘Persis’ Jentera MOTO3

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-01-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

“Walaupun pelbagai model saling bertukar ganti, saya masih tetap menyimpan motosikal ini. Dari bentuk asal dan digunakan selaku pengangkutan utama hingga ke jentera latihan anak murid. Kini tampil dengan cover-set yang berbeza, saya masih sayang untuk melepaskannya.”

“Malah, banyak kenangan yang saya lalui bersama motosikal ini. Jatuh bangun saya sama ada dalam karier mahupun ketika menceburi dunia perlumbaan tanah air bertitik tolak dari motor ini,” ujar Rizalman Mohamed ketika membuka bicara perihal motor kesayangannya itu.

Pemilik akademi sukan bermotor KW Motorsport Racing Academy yang berpangkalan di Negeri Sembilan menceritakan bahawa Yamaha FZ150 yang dimiliki sejak 2012 lalu kini berubah wajah mengikut peredaran masa dan imej terkini. Lebih 10 tahun streetbike Yamaha FZ150i itu ‘berkhidmat’ dengan Rizalman. Dan, sepanjang tempoh itu, banyak momen suka duka bersama jentera kesayangan itu.

Untuk info pembaca RoadStar, Yamaha FZ150 kali pertama diperkenalkan oleh Yamaha pada tahun 2008 dipasarkan secara pemasangan tempatan (CKD). Dan kelibat jentera itu masih banyak kelihatan, terutama di waktu pagi ketika warga Malaysia berpusu-pusu ke pejabat mencari rezeki.

Dengan enjin 150cc, 4-lejang, kapasiti tangki bahan api besar dan kos untuk membela jentera ini tidak jauh berbeza dengan model kapcai yang lain. Hal itu, menjadikan Yamaha FZ150 streetbike sulung Yamaha itu sebagai pilihan golongan penunggang yang mahukan sebuah motosikal praktikal, tanpa terlalu cerewetkan rupa.

Namun, itu tidak bermakna pemilik FZ150i sudah berpuas hati. Apatah lagi sepanjang tempoh sedekad lalu, tidak banyak perubahan besar ditampilkan Yamaha terhadap gaya dan rekaan motosikal tersebut.

Jika anda salah seorang pemilik FZ150 tetapi sudah bosan dengan penampilan dan imej lama serta mahu menyerlahkan seri jentera kesayangan itu, ikuti Rizalman dalam membawa imej baharu motosikal lama dari Yamaha FZ150 miliknya ke jentera persis Moto3.

Menurut Rizalman, Yamaha FZ150 memiliki banyak sudut yang boleh disentuh untuk kerja modifikasi dan penambahbaikan, bukan sahaja dari segi keterampilan seperti pemasangan cover set. Malah beberapa komponen turut ditukar kepada produk yang lebih berkualiti dan berjenama.

Ramai yang sedia maklum bahawa Yamaha FZ150 memiliki ruang yang cukup besar untuk dieksploitasi kepada rekabentuk dan gaya berbeza, sekali gus menutup imej naked asal jentera berkenaan. Untuk jentera Rizalman, beberapa komponen telah ditambah bagi memberi kuasa yang lebih agresif sesuai dengan objektifnya memberi peluang kepada anak didiknya berlatih ketika beraksi di atas trek latihan.

Antara komponen baru yang digunakan pada jentera Yamaha FZ150 ini adalah seperti penggunaan block 62 dari UMA Racing, Super Head 19/22 dari jenama BRT, crankcase dari model YZR15, Chasing Clutch juga dari YZR15, Gear Box dengan 6 kelajuan jenis ARATA, Hyper Clutch, clutch yang diubah menerusi teknik custom dan magnet racing dari jenama YY Pang.

Selain itu, beberapa komponen lain seperti penggunaan batang rod dari UMA Racing, wayar dari model YZ15R, coil plug dari jenama MSD, ECU dari model Apitech, throttle bersaiz 32, pendikit minyak berkuasa 180cc dan penggunaan minyak enjin Motul 300V.

Bagi menambahkan keterampilan yang lebih segar, Rizalman menggunakan cover set Moto3 yang dibuat secara custom menjadikan jentera Yamaha FZ150 miliknya tampak lebih agresif dan garang. Selebihnya dia sekadar melengkapkan bahagian luaran seperti penyerap hentakan jenis RCB DB2, damper jenis Matris yang didatangkan dari Itali, fork jenis perlumbaan dari RCB, bateri Lipo Rc dari ERC dengan keupayaan14.8v / 7500mAh / 90C, pengecas bateri jenis RC, rim dari model YZ15R dari Rapido pada saiz 2.15 / 3.0, pemegang asal dari model Yamaha TZM dan ekzos buatan AHM.

Previous Post

Dua Hari Penuh Kemeriahan, Bersama Keluarga Dan Rakan

Next Post

Skuter Berkuasa 150cc Dengan TCS, Dilengkapi Ciri-ciri Premium

Next Post

Skuter Berkuasa 150cc Dengan TCS, Dilengkapi Ciri-ciri Premium

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved