Bertempat di Sin Hup Motor Sdn Bhd yang terletak di Simpang 4 Kangkung telah berlangsungnya Northern Bike Fest Motor Day 2023 yang dianjurkan oleh RSX Northern Official dengan kerjasama Sin Hup Motor. Diadakan pada 7 Oktober lalu, program yang diadakan buat kali kelima ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti menarik.
Bermula sekitar pukul 9.00 pagi, Northern Bike Fest Motor Day ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Bagi memenuhi jangkaan para peminat dua roda yang meluangkan masa hujung minggu yang seharusnya diluangkan bersama keluarga, pihak penganjur dan juga penaja hadiah utama iaitu Sin Hup Motor menyediakan bermacam-macam aktiviti.
Antara yang mendapat sambutan ramai khususnya para peminat motor di bahagian utara ini, semestinya gerai-gerai jualan serta pameran dari pihak penaja sendiri. Selain itu, segmen yang paling dinanti-nantikan setiap pengunjung yang hadir sepanjang berlangsungnya program ini termasuklah segmen Cabutan bertuah.
Selain itu, tarikan utama penganjuran program kali ini ialah Pertandingan Motoshow yang turut disertai para peminat Motor Show Kawasan Utara. Segmen Autoshow juga diadakan secara terbuka dan tidak terhad hanya untuk pemilik motor RSX sahaja.
Bagi makluman, pihak penganjur utama iaitu Sin Hup Motor Sdn Bhd berbesar hati menaja sebuah motosikal sebagai hadiah utama iaitu sebuah motosikal Aveta 90. Hampir 400 peserta hadir bagi memeriahkan lagi program Norterh Bike Fest Motor Day 2023!
Tahniah diucapkan kepada pihak penaja hadiah utama dan juga kepada pemenang bertuah. Program berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang yang berjaya mempamerkan bentuk motosikal masing-masing. Tidak ketinggalan, pemenang Cabutan Bertuah yang membawa balik hadiah utama sebuah motosikal Aveta 90.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan penaja khususnya penaja utama iaitu Sin Hup Yu Motor Sdn. Bhd. Diikuti Gadis Pelesit Utaqa, SF Group Enterprise, SPD Racing, HongSeng Motorsport Bayan Baru Pulau Pinang, KOYOKO dan banyak lagi.
Manakala beberapa kategori yang disediakan dalam segmen pertandingan Autoshow iaitu Airbrush/Sticker Open, Standard Modified Open, Standard Kilang, Motor Cantik, RIM Sukan Open dan Klasik Retro.