Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Z250 ABS 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-10-25
in BULETIN, UTAMA
0

Naked Kecil Cili Padi

Penulis sering kali mengutarakan pendapat buat generasi baharu, seandainya berhasrat untuk melonjak atau menukar jentera yang lebih besar seboleh-bolehnya carilah jentera yang sesuai dan mengikut bajet masing-masing. Tidak salah seandainya ada kalangan penunggang baharu untuk terus melangkau ke kuasa yang lebih besar namun lebih elok rasanya ianya tidak dibuat secara drastik atau dalam bahasa mudah perubahan berdikit agar sesuai dengan tahap keselamatan si penunggang ketika di atas jalan raya.

Bagi mereka yang bercadang mahu beralih angin dari segmen kapcai ke model naked suku liter, penulis sarankan untuk menjengah jentera terbaharu Kawasaki Motors Malaysia (KMM) – Kawasaki Z250 ABS (2019) yang dirasakan agak sesuai sebagai langkah awal sebelum beralih ke jentera yang lebih berkuasa. Fenomena penggunaan segmen jentera berkuasa suku, jelas semakin mendapat tempat dikalangan pengguna muda. Malah, untuk tunggangan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, jentera naked seperti Kawasaki Z250 ABS, cukup agresif malah amat selesa dikendalikan terutamanya bagi kegunaan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menguji jentera Z250 ABS sebanyak dua kali. Kali pertama ketika Majlis Tunggang Uji Bersama Media yang diadakan di salah sebuah kelab golf Bangi manakala kali kedua pada September lepas. Kali pertama merasai jentera terkecil dari keluarga Z ini, penulis sebenarnya teruja dan boleh dikatakan ianya belum cukup memuaskan hati penulis untuk memulas pendikit Z250 ABS lebih lama lagi. Hanya berkesempatan kurang dari 2 jam, Z250 ABS yang penulis bawa berjaya mengharungi jalan Bangi Lama menuju persimpangan Dengkil dan seterusnya memasuki laluan lurus Putrajaya sebelum mencuba di laluan kampung Sg Merab dalam waktu yang cukup singkat.

Bagaimanapun, peluang terhidang sekali lagi buat penulis apabila KMM mempelawa penulis menguji sepenuhnya Z250 ABS ini bagi tempoh empat hari. Idea untuk ‘melenjan’ jentera naked ini di lebuh raya West Cost Express (WCE) dari Banting ke Teluk Intan terpaksa dilupakan dek kerana masa yang tidak mengizinkan. Kerana itu, penulis mengambil keputusan menukar laluan dengan memilih laluan lebuh raya LEKAS antara Kajang-Seremban sebagai tempat penggantian. Manakala laluan antara Seremban ke Kuala Pilah dipilih untuk menguji Z250 ABS di laluan yang sempit dan santai.

Menyentuh mengenai model Kawasaki Z250 ABS ini, ia dilancarkan serentak dengan ‘abangnya’ Z400 pada April lepas dan dijual pada tag harga RM21,998. Z250 ABS dikuasakan dengan enjin 249cc DOHC sejukan cecair dengan silinder berkembar selari dengan kuasa 35hp pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,500rpm.

Sepanjang mengharungi lebuh raya LEKAS, penulis merasakan model naked ini cukup mudah dikawal samada ketika memecut di laluan lurus mahupun melewati selekoh panjang. Ini mungkin disebabkan bar pemegang rata membolehkan posisi menunggang secara menegak sekali gus memudahkan penulis untuk mengawal jentera ini. Ia turut dipadankan suspensi hadapan fork teleskopik dan penyerap hentakan belakang jenis ‘gas-charged’ dengan ‘Bottom-Link Uni-Track’ serta larasan prabeban bagi memberi keselesaan dan membolehkan penulis mengawal jentera sekali pun ketika mengharungi laluan yang beralun.

Berbanding versi terdahulu, Z250 ABS menampilkan enjin lebih berkuasa. Dengan enjin 4-lejang bersesaran 249cc DOHC berkuasa 35hp @ 12.500rpm bersama tork 23Nm @ 10,500rpm, penulis memulas pada tahap 160-180km/sejam. Z250 ABS turut dilengkapi dengan enjin baharu ini 5hp dan 2Nm iaitu lebih berkuasa berbanding versi terdahulu. Begitu juga berat badan 5kg (165kg) lebih ringan berbanding model lama, manakala bahagian frem sportbike ini diilhamkan hasil daripada model Ninja H2.

Dari segi rekaan, Z250 ABS versi 2019, penulis sifatkan sebagai jentera yang maskulin dan lebih bersifat ‘jantan’ dan menarik. Bahagian lampu depan menggunakan ‘LED’ berkembar yang tampak memberi wajah Z250 ABS tampil garang sementara di bahagian lampu belakang menjadikan ia tampak agresif dengan penggunaan lampu LED. Panel meter pula, ianya diambil daripada model Z650 menyerlahkan ketrampilannya dan memudahkan ia dibaca. Bagaimanapun dengan kapasiti tangki Z250 ABS lebih kecil, iaitu 14 liter sahaja mungkin menyebabkan pengisian bahan api lebih kerap tatkala melakukan perjalanan yang jauh.

Sebagai rekod, model terdahulu memiliki tangki berkapasiti 17 liter. Untuk pengisian sebanyak RM10, penulis berjaya mengharungi sehingga persimpangan Seremban-Kuala Pilah dan hal itu bergantung corak tunggang yang anda lakukan.Namun berita baik kepada bakal pemilik Z250 ABS, model ini hanya menggunakan minyak pelincir 2 liter berbanding 2.4 liter bagi versi terdahulu. Kehadiran Z250 ABS turut menggembirakan peminat dua roda tempatan, dan dijangka bakal memberikan pilihan kepada pengguna samada memilih jentera yang akan menjadi pilihan.

Persoalan yang berlegar difikiran penulis, apakah Z250 ABS mampu mencabar jentera sedia ada seperti Modenas Pulsar NS200 atau Yamaha R25 mahupun CBR250? Apakah dengan faktor harga, Z250 ABS versi 2019 berjaya menarik perhatian peminat motosikal di Malaysia? Tepuk dada, tanya poket dan selera anda. Sampai jumpa lagi.

Gambar : Paksu Shidee
Teks : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

DNA High Performance Filter

Next Post

CYT Racing

Next Post

CYT Racing

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved