Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Curahan Ilham Syamim Zulkifli

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-06-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam mengekalkan keberterusan perniagaan, pasti penggiat yang menceburi bidang ini tidak dapat lari daripada segala ujian, cabaran dan halangan mendatang. Semua itu sudah menjadi asam garam dan suntikan motivasi serta penguat semangat bagi seseorang yang terlibat dengan perniagaan untuk kekal bertahan atau sebaliknya. Bukan sahaja perlu bersaing, perniagaan zaman moden kala ini juga menuntut si peniaga untuk lebih kreatif bagi menarik pelanggan sekali gus menanam keyakinan terhadap perniagaan yang dibina.

Bagi Pak Tam, idea untuk menjual perniagaan ke platform berbeza nyata berbaloi untuk perniagaannya. Ia ditambah dengan minat dan hobi turut menzahirkan perniagaan. Pemilik kepada SS Finishing Foundry, Pak Tam atau nama sebenar Mohd Syamim Zulkifli menceritakan bahawa ‘kehadiran’ Kawasaki KG-Kips model KRZ agak berbaloi sekali pun terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar bagi merancakkan lagi perniagaannya.

“Seperti yang saya katakan, pada peringkat awal pembabitan saya dalam kustom motosikal ini adalah ingin menaikkan nama SS Finishing Foundry yang terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

“Saya percaya dengan penglibatan dalam bidang autoshow sedikit sebanyak mampu menaikkan lagi nama bengkel agar ia dikenali pelanggan terutamanya di kawasan Utara tanah air. SS Finishing Foundry merupakan satu perniagaan melibatkan aspek membaik pulih seperti restore, blasting, powder coating, repair body, center body, repaint, welding, custom part dan foundry,” jelas Pak Tam ketika dihubungi penulis untuk menghiasi paparan Show Off kali ini.

Pembabitan Pak Tam atau dikenali juga dengan panggilan Mamu sebenarnya bermula agak lewat. Dia sekadar menceburi hobi modifikasi bermula tahun lepas. Ditambah pula dengan sikap berhati-hati Pak Tam dalam memilih model jentera yang sesuai untuk dijadikan contoh terbaik. Tidak sekadar berkisar kepada topik itu sahaja, beberapa kriteria lain antaranya pertandingan yang bakal disertai juga turut mendapat perhatian Pak Tam termasuk pihak SS Finishing Foundry sendiri.

Tambahnya, mereka lebih serius untuk memilih menyertai event modifikasi yang menjurus kepada tumpuan pengguna yang agak dewasa, berbanding lambakan event motosikal pada hari ini yang disifatkan sebagai pentas modifikasi anak muda.

Antara pertandingan modifikasi motosikal yang menarik perhatian Pak Tam adalah modifikasi jentera Kawasaki yang telah berlangsung di Kepala Batas pada tahun 2023. Bukan sahaja majlis pertandingan agak meriah dan menarik, malah perbincangan dalam kalangan peserta juga agak matang dan banyak infomasi juga diperolehi.

Bermula dari pemerhatian terhadap pertandingan itu, Pak Tam berusaha untuk mencari jenis motosikal terbabit. Meninjau ke beberapa laman sosial, akhirnya Pak Tam beroleh satu jentera di sebuah kedai membaiki motosikal terletak Kamunting, Perak. Menariknya, motosikal yang dibeli oleh Pak Tam bukanlah sebuah motosikal yang lengkap dan cukup sifatnya namun apa yang Pak Tam perolehi adalah sebuah rangka motosikal model terbabit.

Atas minat yang mendalam, Pak Tam berusaha tawar menawar harga dan akhirnya berjaya memprolehi kerangka motosikal terbabit pada harga harga RM4k berserta geran dan komponen lain.

“Ketika itu, motosikal yang saya beli hanya tinggal ‘chasis’ dan ‘crankcase’ sahaja. Saya fikir, jika saya dan SS Finishing Foundry dapat melakukan dari ‘kosong’, ia adalah satu perkembangan yang baik dan agak positif dinilai oleh para pelanggan,” ujarnya.

Projek Kawasaki Kips KRZ telah diluncurkan bermula dari Jun tahun lepas dan objektifnya menjadikan motosikal ini model yang terbaik untuk dipertandingkan di autoshow kelak. Bagi mendapat hasil yang memuaskan, Pak Tam menghabiskan masa yang agak lama untuk menyiapkan model Kawasaki Kips ini. Tidak sekadar mencari model yang dipilih, malah beberapa komponen yang sesuai untuk model ini juga turut dicari sehingga ke negara jiran.

“Sebenarnya, perancangan saya untuk mencari model ini agak lama juga. Hampir tiga bulan saya mencari motosikal Kawasaki KRZ yang mempunyai kod model KG150A. Memang agak sukar didapati berbanding model Kawasaki Kips dengan kod KS150A.

“Memang ada sedikit perbezaan antara kedua-dua model ini. Apa yang kita lihat di atas jalan raya adalah dari model Kips KRX KS150. Kedua-dua seakan sama. Namun bagi mereka yang mengetahui perihal Kawasaki Kips, pasti tahu di mana perbezaan antara dua model terbabit,” ujar Pak Tam ketika menerangkan perihal dua model kembar seiras yang cukup terkenal awal 90an dahulu.

Bagi Pak Tam, Kawasaki KRZ menjadi pilihan kerana reka bentuk chasisnya yg menarik dan boleh dipisahkan di bahagian belakang membuatkan Pak Tam lagi tertarik dengannya. Untuk pengetahuan peminat modifikasi, model motosikal ini juga sekarang menjadi kegilaan bagi peminat di negara jiran, Thailand.

Tidak hairanlah, banyak komponen yang diambil oleh Pak Tam kesemuanya diimport dari negara jiran. Malah, jika dilihat dari segi penampilan yang ditonjolkan pada Kawasaki Kips – Pak Tam, ia kelihatan seperti Kawasaki Kips ala Thailook.

Ini kerana hampir kesemua komponen yang berwarna krom, diimport sepenuhnya dari Thailand. Hanya sebahagian kecil sahaja menggunakan barangan tempatan memandangkan tiada alat ganti yang berjaya diperolehi di tanah air kerana jentera ini agak terhad dalam pasaran tempatan berbanding negara jiran. Pihak SS Finishing juga telah mengambil masa selama satu tahun untuk menyiapkan keseluruhan motosikal tersebut kerana agak sukar untuk mendapat beberapa komponen yang diinginkan.

Menyentuh mengenai butiran harga yang telah dibelanjakan sehingga menjadikan motosikal ini tampak gah ala ThaiLook, Pak Tam sekadar memberi isyarat bahawa kosnya semakin meningkat memandangkan terdapat beberapa bahagian yang masih belum dinaiktaraf sehingga kini.

“Setakat hari ini, saya sudah membelanjakan hampir 30k bagi menyiapkan motosikal ini. Kos ini juga dijangka meningkat memandangkan beberapa bahagian masih memerlukan peningkatan untuk menjadikan ia lebih segar dan menarik di kaca mata peminat.

“Konsep yang saya gunakan adalah sama seperti mana pemilik motosikal jiran ala-Thailook. Kerana itu saya hanya menjurus pertandingan yang mempunyai kategori terbabit,” ujarnya menjelaskan berkenaan kategori yang disertai motosikal ini.

Sehingga kini, Pak Tam sudah mengharungi 5 pertandingan motosikal modifikasi dan apa yang menarik, kesemua lima pertandingan yang disertai oleh Pak Tam diakhiri dengan kejayaan.

“Hampir semua atau 100% barangan alloy yang digunakan diimport dari negara Thailand kerana konsep utama yang saya gunakan pada motosikal ini jika dipertandingkan adalah menerusi kategori Thailook.

“Alhamdulillah, saya dan juga pihak SS Finishing juga telah menghabiskan belanja hampir RM30,000 setakat hari ini untuk menyiapkan motosikal tersebut. Kos juga dijangka meningkat kerana masih ada part-part yang boleh dinaik taraf.

“Sehingga hari ini, model Kawasaki Kips ini telah mengharungi sebanyak 5 pertandingan dan kali pertama ia dipertontonkan di khalayak ramai adalah di MAEPS, Serdang Julai lepas,” ujar Pak Tam yang dijangka akan mempamerkan motosikalnya pada pertandingan akan datang.

SEKILAS FAKTA
Nama : Mohd Syamim Bin Zulkifli (Paktam/Mamu)
Asal : Pulau Pinang
Menetap : Tasek Junjong
Pekerjaan : Bekerja sendiri
Nama syarikat : SS Finishing Enterprise
Status : Berkeluarga (4 Anak)
Pasangan : Nurhafisyah Mohd Rodzi

SPESIFIKASI MOTOSIKAL
No Pendaftaran : JDT 739
Buatan : Kawasaki KRZ 150
Nama model : KG150A
Tahun dibuat : 1994
Tarikh Daftar : 23/9/1995
Usia Motor : 30 tahun
Keupayaan enjin : 148SP
Harga Asal : RM 9707.70 (tahun 1995)

Kustom
1. Fork : Standard lay
2. Ekzos : WRC Thailand
3. Footrest : DKT Thailand
4. Monoshock : Adjustable Nitron Thailand
5. Arm : DKT Thailand
6. Sub Arm : CNC Thailand
7. Rim : Alloy Akron Thailand 1.4×17 depan 1.4×18 belakang
8. Bracket Ekzos : DKT Thailand
9. Tayar depan : IRC 17 Thailand
10. Tayar belakang : IRC 18 Thailand
11. Sub Tayar : Depan Belakang CNC Thailand
12. Radiator : DKT Thailand
13. Radiator Tank : Alloy CNC Thailand
14. Caliper depan : 81 Thailand
15. Master pump : 81 Thailand
16. Pipe Break : 81 Thailand
17. Break belakang : Drum system CNC Thailand
18. Seat : Seat Custom Lae Projek Thailand
19. Spoket : Custom Nova Dash
20. Buyong Depan : Ori CNC
21. Buyong Belakang : Custom Nova Dash CNC Thailand
22. Lidi Rim : Koyo Thailand
23. Piring Disk : CNC Thailand
24. Lampu Belakang : Albino Thailand
25. Lampu Depan : Biru Thailand
26. Meter temperature : Custom Koso
27. Meter RPM : Custom Koso
28. Body Belakang : DKT CNC Thailand
29. Tank 2T : DKT CNC Thailand
30. Tank Petrol : Alloy Custom Thailand
31. Handle : CNC Thailand
32. Crown : CNC Thailand
33. Tudung Tank : Alloy CNC Thailand
34. Suis Handle : Custom Thailand
35. Muguard : Custom Sonic Thailand
36. Tongkat Tepi : Alloy CNC Thailand
37. Paip Radiator : Samco sport
38. Bolt and Nut : CNC Thailand
39. Suis Kiri Kanan : Universal Thailand
40. Braket Fairing : CNC Thailand
41. Cover block : CNC Thailand
42. Cover kulit enjin : CNC Thailand
43. Braket enjin : CNC Thailand
44. Kaborator : 34MM Power jet
45. Water pump : CNC Thailand
46. Braket bateri : CNC Thailand
47. Aircamber : Nova DashThailand

Previous Post

Topi Keledar M37.0 Grande & Kotak Simpanan “The Ultimo”, Bergaya dan Praktikal

Next Post

Kisah Pasangan Klasik, Ozzy & Nurul

Next Post

Kisah Pasangan Klasik, Ozzy & Nurul

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved