Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kisah Pasangan Klasik, Ozzy & Nurul

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-06-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kegemaran menunggang dan memiliki motosikal klasik kini semakin ‘berbekas’ buat pasangan suami isteri, Rozi Abdullah 53 tahun dan pasangannya Nurul Haiz Shari, 48 tahun yang menghiasi muka depan majalah RoadStar.

Selain dua hobi tersebut, pasangan dari Shah Alam itu juga turut menganggotai kelab motosikal retro dan menyertai pelbagai aktiviti serta pertandingan motosikal di seluruh negara. Pasangan kepada 4 cahaya mata ini, mengakui minat dalam aktiviti bermotosikal didorong oleh minat terhadap no plat motosikal pertama yang menjadi koleksinya.

“Segalanya bermula tahun 2020 (ketika Perintah Kawalan Pergerakan-PKP). Honda C70 keluaran tahun 1981 dimiliki oleh peniaga pasar malam yang berasal dari Puchong, Selangor.

“Pada awalnya, pemilik motosikal mahu Honda C70 itu dimodifikasi untuk menjadi lebih baik. Segala barangan untuk motosikal Honda C70 sudah dimiliki oleh pemiliknya.

“Mungkin disebabkan kemelesetan ekonomi, pemiliknya membatalkan hasrat tersebut. Malah, Honda C70 itu sekadar dibiarkan begitu sahaja dan pemilik itu juga mahu menjual sekitar dua ribu lebih (RM2.3 ribu) sahaja,” ujar Rozi menceritakan perihal sebenar keberadaannya memiliki motosikal itu pada peringkat awal.

Bermula aktif dengan motosikal sejak tahun 2007, buat masa ini Rozi atau lebih mesra dengan Ozzy kini sudah memiliki 3 jentera Honda C70 sehingga kini.

Menceritakan Honda C70 Chili Red yang menjadi muka depan RoadStar, Ozzy menjelaskan bahawa hasrat memiliki motosikal usang itu pada peringkat awal disebabkan tertarik dengan plat nombor yang tertera di motosikal terbabit.

“Saya sebenarnya lebih tertarik dengan plat nombor itu sahaja. Plat RA 4050 agak mirip dengan huruf nama saya R (Rozi) A (Abdullah). Lagi pun, plat asal Perlis ni sudah berusia dan ia juga ada ciri-ciri klasik.

“Bagaimanapun selepas mengetahui pemilik asal membatalkan niat untuk modifikasi motosikal terbabit sementara beberapa barangan untuk penggantian terhadap beberapa komponen motosikal sudah ada, saya pun memikirkan beberapa kali dan dalam masa yang sama tidak menolak untuk membelinya,” ujar Ozzy.

Tambahnya, pemilik itu menawarkan pembelian secara tunai dan memberi beberapa barangan berupa alat ganti ditawarkan secara percuma. Antara komponen yang diberikan adalah pelana tempat duduk, lampu brek belakang, ekzos dan beberapa komponen lain.

Untuk modifikasi Honda C70 ini, Ozzy telah menghabiskan lebih 3 ribu termasuk memperbaharui bahagian berkarat, penyemburan cat semula dan membaiki semula struktur enjin menjadi lebih sempurna.

Kini, pasangan dua sejoli ini kerap menyertai pertandingan motosikal klasik di beberapa negeri antaranya di Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Namun terdapat satu pertandingan yang meninggal bekas kepada pasangan terbabit.

Mana tidaknya, dua model C70 yang bertanding dalam dua kategori berbeza iaitu Klasik Cantik dan Karat Lusuh Kebun berjaya meraih 2 gelaran dalam masa dua hari di negeri Perak.

“Ada satu pertandingan di Perak namun ia berbeza lokasi. Satu pertandingan berlangsung di Manjung manakala keesokannya kami bertanding di Tasik SM Noor Batu Gajah, Perak.

“Di Manjung, kami berdua menang tempat kedua sementara di Batu pula, kedua-dua motosikal kami muncul juara,” ujar Ozzy ketika mengimbas kenangan manis dan detik manis bersama isterinya pada dua pertandingan terbabit.

Tidak kisah apa yang diperkatakan masyarakat sekeliling atau mereka yang memandang terhadap obsesi pasangan ini, bagi Ozzy dan Nurul mereka tetap beranggapan bahawa hobi dan minat mereka terhadap model Honda C70 membuatkan mereka berdua lebih bahagia.

“Kata orang, kalau nak beli motor, carilah motor baharu dan laju. Namun bagi kami, motosikal bukan berkisar kepada kelajuan semata-mata tambahan pula motosikal klasik mempunyai nilai tersendiri.

“Klasik mengeratkan hubungan kami sebagai pasangan suami isteri. Lagi pun usia juga semakin klasik dalam rentetan perjalanan kehidupan kami.

“Tidak kurang juga, ia merupakan hobi masa lapang dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti yang dijalankan bersama pada hujung minggu dan waktu lapang kami,” ujar Ozzy mengakhiri perbualan bersama penulis.

Previous Post

Curahan Ilham Syamim Zulkifli

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved