Terus maju dalam dunia pengeluaran aksesori motosikal, GIVI kini tampil memperkenalkan rangkaian produk baharu yang mengangkat tema ““Dipacu Inovasi, Meneraju gaya tunggangan masa hadapan” ke tahap yang lebih tinggi — iaitu topi keledar “M37.0 Grande” dan “Ultimo Monolock Topcase The Series”.
Bukan direka sekadar untuk tampil bergaya — topi keledar M37.0 Grande ini direka untuk memberi keyakinan serta menambahkan praktikaliti sepanjang tunggangan. Topi keledar jenis jet ini telah diperakui dengan kod piawaian homoglasi keselamatan terkini iaitu ECE 22.06, menjadikannya pilihan ideal bagi penunggang yang mahukan perlindungan maksimum dalam setiap reka bentuk.
Didatangkan dengan dua rekaan cengkerang (shell) iaitu cengkerang bersaiz kecil dan besar. Cengkerang bersaiz kecil direka khas buat mereka yang bersaiz (S & M), manakala rekaan cengkerang saiz besar buat mereka yang bersaiz (L & XL).
Tampil dengan reka bentuk dan pilihan warna solid serta grafik yang segar iaitu, (White, Sky Blue, Candy Red, Piano Black, Azure Black Blue, Rosso Black Red, Scuro Navy Yellow, dan Scuro Black Red). Setiap rekaan direka khusus untuk mencerminkan gaya, semangat, dan kepelbagaiankomuniti permotoran di Asia.
Bagi memastikan sistem pengaliran udara yang lancar, tiga pengaliran udara telah direka khas untuk keselesaan setiap penunggang yang memakai topi keledar ini. Sistem pengaliran udara ini dapat membantu mengurangkan haba yang terperangkap di bahagian dalam topi keledar.
Selain itu, bahagian dalam topi keledar ini turut dilapisi dengan fabrik lembut dan berpengudaraan, yang cepat kering serta mempunyai ciri antibakteria untuk kebersihan dan keselesaan berpanjangan. Padding dalaman yang tebal boleh ditanggalkan dan dicuci, menjadikannya lebih mudah untuk dijaga.
Selain itu, sistem “Micrometric Quick Release Buckle” memberikan kebolehsuaian saiz yang selamat, boleh dilaraskan, dan mudah dipakai atau ditanggalkan — sesuai untuk gaya hidup penunggang moden yang aktif.
Turut dilancarkan bersama – GIVI dengan bangganya membawakan kotak simpanan “THE ULTIMO MONOLOCK TOPCASE”. Direka dengan rekaan yang kemas dan cukup sempurna, ianya dikeluarkan dalam dua jenis variasi iaitu “ULTIMO” dan “ULTIMO+”.
Menyatukan elemen reka bentuk bergaya, fungsi harian yang praktikal, serta nilai mampu milik, siri ini mencerminkan komitmen GIVI terhadap inovasi yang relevan dan berkualiti untuk gaya hidup penunggang moden.
Diperbuat daripada bahan tulen Polipropilena (PP) kelas tertinggi (tanpa campuran bahan kitar semula) – ianya menjamin ketahanan jangka panjang untuk kegunaan harian mahupun pengembaraan hujung minggu tanpa sebarang keraguan.
Menawarkan ruang storan berkapasiti 35liter yang luas, kedua-dua kotak simpanan ini cukup untuk memuatkan sebuah topi keledar jenis modular serta barangan kecil yang lain. Ianya juga sesuai secara praktikal untuk perjalanan dan pengembaraan.
Selain itu, ianya juga menampilkan sistem penguncian generasi terbaharu iaitu “Crab Lock”. Dengan ini, akses ke ruang simpanan menjadi lebih mudah dan cepat hanya dengan satu putaran kunci — tanpa mengorbankan aspek keselamatan.
Tampil dengan elemen dan reka bentuk yang berbeza, plat aluminium telah ditambah di bahagian atas kotak simpanan ULTIMO+, untuk menambahkan lagi sentuhan sofistikated dan ketahanan ekstra ke atas rekaan ini.
Tambahan lagi, kotak simpanan ini juga turut dilengkapi dengan tempat sandar belakang (backrest) untuk memberikan keselesaan tambahan kepada pembonceng belakang terutamanya untuk perjalanan atau penggembaraan yang jauh.
Koleksi terbaharu topi keledar “M37.0 Grande” dan “Ultimo Monolock Topcase The Series” — akan berada di pasaran mulai bulan Julai 2025 di semua GIVI Point dan pengedar sah GIVI di seluruh negara.