Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bermula Dari Minat, Kini Jadi Perniagaan Keluarga!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-22
in BULETIN, UTAMA
0

Dalam dunia permotoran tidak asing lagi untuk anak-anak muda melibatkan diri mereka dalam sukan motosikal yang lasak seperti motorcross atau off-road. Mohamad Nur Ilham Fikry atau Angah, berusia 26 tahun dan adiknya Muhamad Nur Ilham Firdaus (Bait Gulai) yang berusia 23 tahun. Mereka berdua anak kepada En. Shokree Bin Che Ali yang dikenali sebagai Abah Besi, pengasas Abah Besi Motorcross Garage.

Mereka berdua mula berminat dan berjinak dengan dunia motosikal lasak sejak kanak-kanan lagi. Mereka mengikuti beberapa acara motorcross yang turut disertai abah mereka. Peribahasa melayu tidak pernah silap, ke mana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Kedua beradik ini mereka mula berlatih bersungguh-sungguh dan tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara pertandigan motorcross di beberapa negeri.

Angah dan Bait Gulai, dua-beradik ini mempunyai pengalaman sendiri dalam dunia permotoran sukan lasak atau motorcross. Mereka berdua pernah berkerja dengan syarikat lain sebelum abah mereka memulakan perniagaan sewa motosikal motorcross (Abah Besi Motorcross Garage). Setelah perbincangan dan persetujuan anak-beranak, pada Jun 2021, Abah Besi membuat tempahan sebanyak 15 buah motosikal KAYO 250cc dari negara China. Abah Besi adalah orang pertama di Malaysia yang membeli motosikal tersebut.

Pada 6 Ogos 2021, bermulalah operasi perniagaan Abah Besi Motorcross Garage. Pakej yang disediakan termasuk sewa motosikal, riding gear, guide, technical support dan pakej makan/minum sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal. Setiap kali pelanggan mengambil pakej daripada Abah Besi Motorcross Garage, En. Shokree akan memberi taklimat terlibat dahulu syarat dan peraturan kepada para penunggang.

Angah yang juga seorang rider motorcross telah beberapa kali menaiki podium memenangi acara motocross dalam beberapa pertandingan yang diadakan di beberapa negeri sebelum ini. Beliau juga mahir dalam memperbaiki jentera lasak. Setiap kali beliau mengikut pelanggan-pelanggan yang menyewa motosikal daripada Abah Besi Motorcross, Angah akan jadi sweeper atau backup rider.

Selain itu, Angah pernah berkerja di Speed X Treme Motor Sdn. Bhd. yang terletak di Nilai. Bait Gulai juga sama seperti Angahnya telah beberapa kali menaiki podium memenangi acara pertandingan motorcross. Bukan setakat menunggang motosikal lasak sahaja, dia juga tahu memperbaiki jentera-jentera yang disewakan kepada pelanggan seperti seperti Angahnya.

Kebiasaannya, Bait Gulai akan menjadi pemandu arah kepada pelanggan yang menyewa motosikal mereka semasa meredah hutan, sungai dan buki-bukit selain jalan-jalan kampung. Boleh dikatakan, paling kurang 3 hari dalam seminggu atau 5 kali seminggu pasti ada pelanggan datang menyewa jentera mereka. Kedua-dua beradik ini mempunyai minat yang sama dalam dunia motosikal lasak. Sejak kecik lagi idola, mereka menjadikan abah sendiri sebagai idola.

Berkat usaha Abah Besi dan dua anaknya, mereka mula dikenali oleh para pengemar motosikal lasak di utara Kedah dan Perlis. Mereka tiga beranak berkerjasama demi memajukan perniagaan Abah Besi Motocross Garage. Kini, anak bongsu Abah Besi, yang baru sahaja berusia 17 tahun iaitu Nur Amy Aina Natasha sudak mula berjinak-jinak dalam dunia sukan motosikal lasak sejak di tingkatan dua. Apa cerita tentang Nur Amy yang bakal menduduki peperiksaan SPM? Mungkin, boleh disambung di kemudian hari. Tunggu.

Perkongsian : ~K.Nor~

Previous Post

Club Antique Motor Kulim Berkonvoi Ke Perak!

Next Post

Express Kavalier, Dibina Zweirad Union di Jerman

Next Post

Express Kavalier, Dibina Zweirad Union di Jerman

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved