Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cinta Tak Berbalas Punca Bakar Motor?

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-03-31
in BULETIN, UTAMA
0

Gara-gara terlalu cemburu dengan seorang wanita muda yang sudah memiliki kekasih hati, seorang warga emas sanggup membakar lima buah motosikal di kawasan parkir terbuka Blok 362, Lebuh Maccalum di sini Ahad lalu. Suspek berusia 68 tahun itu diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di kediamannya di Pintasan Cecil pada pukul 1 pagi tadi.

Kejadian kebakaran melibatkan lima buah motosikal itu berlaku kira-kira 2 pagi Ahad lalu semasa penghuni perumahan flat berkenaan sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan suspek yang juga bekas pesara sebuah syarikat swasta itu dilakukan selepas pihaknya meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan awal ke atas lelaki terbabit mengakui yang dia bertindak membakar motosikal-motosikal tersebut kerana tidak berpuas hati dengan seorang perempuan warga asing selepas cintanya tidak berbalas.

“Dia juga bertindak sedemikian disebabkan terlalu cemburu dengan wanita tersebut disebabkan sudah mempunyai kekasih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Soffian memberitahu, suspek yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan mental itu kini ditahan di lokap IPD Timur Laut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk di Blok 362, Lebuh Maccalum di sini cemas selepas dikejutkan dengan kebakaran melibatkan lapan buah motosikal yang diletakkan pemiliknya di kawasan parkir terbuka.

Kejadian disedari penghuni perumahan terbabit selepas terdengar bunyi letupan dan bau asap api dari pekarangan bawah flat berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia

Previous Post

FKR RS900 & RS980; Kepakaran Tempatan, Teknologi Jepun!

Next Post

Honda GB350 Dilancarkan Di Jepun

Next Post

Honda GB350 Dilancarkan Di Jepun

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved