Bukan sahaja ia bahagian paling sukar malah adakalanya pemilik motosikal turut merasa pening untuk memikirkan atau mencari jenis tayar motosikal yang sesuai dengan kehendak atau kegunaan (aktiviti) yang mereka lakukan. Sudah tentu pilihan yang paling tepat berdasarkan jenis perjalanan yang diharungi oleh penunggang itu sendiri. Sebagai contoh, tayar yang paling sesuai untuk perjalanan berulang alik ke tempat kerja atau destinasi yang terdekat.
FKR menerusi kepakaran serta gabungan teknologi Jepun kini menghasilkan dua tayar yang cukup ideal dan ekonomi buat pengguna motosikal kala ini. Menerusi dua model FKR iaitu RS900 dan RS980, pengguna mempunyai pilihan terbaik samada untuk kegunaan harian seperti berulang alik ke tempat kerja atau memilih untuk penggunaan tayar bagi tujuan hujung minggu.
Model RS900 merupakan antara kategori tayar yang popular di kalangan pengguna motosikal masa kini. Ia menampilkan Perincian Corak Tapak yang memiliki ciri-ciri yang terbaik bukan sahaja kepada pengguna malah amat ideal bagi sebuah jentera dua roda dalam segmen pertengahan. Memiliki ciri-ciri penting seperti alur berkobar panjang di kedua sisi sesebuah tayar, struktur di bahagian ini membolehkan pengguna beraksi dengan penuh yakin sekalipun permukaan jalan raya basah samada ketika hujan atau mengharungi takungan air selepas hujan.
Selain dari itu, corak yang terdapat pada tayar jenis RS900 memperlihatkan lorekan seperti kapsul kecil ibarat seperti lesung pipit yang berfungsi untuk mengekalkan prestasi separa licin dan mengawal sudut bulat tayar terbabit. Alur tengah pula, membantu motosikal dan penunggang berada pada tahap kestabilan semasa berada di laluan jalan lurus dan sebaliknya jika mengharungi jalan berlopak atau takungan jalan berair, ia berfungsi untuk membuang air tanpa menjejaskan kestabilan tunggangan.
Terdapat 29 saiz bagi tayar model RS900, Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.fkr.com.my atau klik pautan ini https://www.fkr.com.my/product.php
Sementara itu, model RS980 Storm tersedia dalam dua saiz berlainan iaitu 70/90-17 dan 80/90-17. Untuk info, kedua-dua model FKR termasuk RS980 memiliki sijil pengiktirafan dari SIRIM MS1394:2008 & Euro Standard ECER75 dan ia merupakan tayar tanpa tiub dengan pembangunan teknologi maju dari Jepun.
Bercerita mengenai corak grafik tayar ini, RS980 Storm memiliki corak berbeza berbanding model RS900. Memiliki dua garisan halus di bahagian tengah, corak pembuangan air yang lebih tajam manakala di bahagian tepi dinding tayar terdapat corak bergerigi di kiri dan kanan berstruktur kasar.
Untuk maklumat, FKR telah diperbadankan pada tahun 1939. Ia merupakan syarikat tempatan yang berkembang pesat dan menjadi pembekal tayar motosikal dan juga tayar basikal terkemuka di bawah jenama FKR Malaysia.
Ketahui lebih lanjut tentang produk FKR, sila hubungi;
FKR MARKETING SDN BHD
No. 2A, Jalan Wawasan 3/Ku7,
Sungai Kapar Indah,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel :
03 – 3291 1901/ 03 – 3291 0178-80
Emel :leeyw@fkr.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/fkrmarketingsdnbhd/
Instagram : https://instagram.com/fkrmarketingsdnbhd?igshid=h0y7yccaj338
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCb7vWB5poG1Nvj2KsnH_r9A
Web : http://www.fkr.com.my