Jepun menjadi negara pertama luar dari India untuk membawa masuk CB350 H’Ness ke pasarannya. Dipanggil sebagai GB350, terdapat beberapa perubahan pada model motor ini. Tidak dinafikan, di sebalik penampilannya yang baru ia sebenarnya adalah CB350. Jepun telah melancarkan roadster ala retro ini dalam dua varian; GB350 and GB350 S.
Dilaporkan, Honda GB350 akan mula dijual pada bulan hadapan. GB350 S akan membuat kemunculan agak lewat yang dijadualkan pada 15 Julai. Seperti spesifik yang terdapat pada motor India, model GB350 dan GB350 S dari Jepun ini menampilkan gaya Honda retro klasik dengan sentuhan standard gaya moden terkini. Ia turut didatangkan dengan sistem lampu LED penuh, kombo instrumen analog/digital yang kemas dan Honda Selectable Torque Control (HSTC).
Kedua-dua motor ini dikuasakan enjin silinder tunggal, penyejuk cecair 348cc 4-lejang. Ia juga didatangkan dengan kotak gear 5-kelajuan yang menghantar 20hp ke bahagian roda belakang. Bagi bahagian suspensi pula, motor ini dilengkapi dengan teleskopik standard dan penyerap hentak boleh laras. Honda turut melengkapi motor ini dengan ABS dua channel di bahagian brek cakera depan dan belakang untuk tujuan lebih keselamatan.
Sumber : Rideapart.com / Honda Japan