Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Catalyzer Bangsawan Ipoh!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejak kebelakangan ini, di mana sahaja dan hampir setiap perbualan pengikut dunia dua roda pasti menyebut tentang kehangatan RXZ. Ada sahaja panggilan yang diberikan; RXZ gempak, RXZ viral dan macam-macam lagilah. Jadi, kali ini abam Bobby ingin membawa kelainan kepada para pembaca dan berpeluang membuat temu janji dengan seorang pemilik RXZ, Mohd Kamil.

Sebagaimana yang diketahui, RXZ sekarang mencecah harga bangsawan dan pastinya menarik untuk mengetahui tentang motor yang sedang rancak diperkatakan. Abam Bobby pun apa lagi, tanpa membuang banyak masa mula dengan misi mencungkil rahsia Mohd Kamil dan RXZ Catalyzer miliknya.

Sebelum itu, suka untuk abam Bobby ceritakan serba sedikit tentang motor RXZ ini. Pada mulanya, Yamaha RX-Z dilengkapi dengan transmisi lima kelajuan dengan brek cakera depan yang padat. Model itu berkongsi platform dan casis yang sama dengan pendahulunya, Yamaha RD125. Sejurus selepas pelancaran, RX-Z menjadi popular di kalangan penunggang motosikal yang kebanyakannya terdiri daripada anak muda terutamanya di Malaysia.

Beberapa tahun kemudian, enjinnya ditingkatkan dengan pemasangan transmisi enam kelajuan bersama panel instrumen dan suis bar pemegang yang lebih baru serta rotor brek cakera depan yang lebih efisyen. Sejak itu, reka bentuk RX-Z tidak berubah sehinggalah 2004. Beberapa pemilik motosikal RX-Z yang terdahulu mungkin menghadapi masalah semasa tunggangan seperti gear 1 susah nak masuk free gear dan sebagainya. Ini menyebabkan enjin mati sendiri jika tidak dikawal throttle dengan betul. Walau bagaimanapun, masalah itu telah diselesaikan pada model baru selepasnya.

Di Malaysia, RX-Z adalah salah satu model motosikal yang sering dikaitkan dengan pelumba jalanan dan juga diguna pakai untuk acara stunt. Bagi filem pula, mungkin anda pernah menonton beberapa film termasuk Remp-It yang menggunakan RX-Z dan edisi kali, abam Bobby bertuah dapat bertemu dengan pemilik RXZ Catalyzer, model terkini dalam keluarga RXZ.

Perbezaan ketara RXZ Catalyzer adalah cover setnya yang direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya. Di bahagian kepala, kita dapat saksikan fairing yang telah mendapat rekaan lain daripada keluaran terdahulu dan tiada lagi gantungan tepi signal yang mana signal hadapan telah disekalikan bersama dengan fairing. Turun sedikit ke bahagian bawah, pemijak kaki atau tapak footrest yang juga berbeza sekali gun menampakkan kelainannya daripada model terdahulu. Ada ‘pisau’ depa kata.

Prestasi motor ini turut dipertingkatkan lagi dengan menambah catalytic converter di bahagian ekzos yang mana varian ini mempunyai bunyi yang sedikit kedap. Berbeza dengan yang lama yang kita namakan ekzos dengan catalyser converter. Mungkin kerana di akhir keluarannya pada tahun 2011, Yamaha mahu motor ini bernafas baru. Jika diperhatikan dengan teliti, versi baru ini mirip Yamaha 125Z. Di sini anda dapat lihat, bahagian lampu belakangnya dah macam 125Z. Kepak tepi pon direka lain begitu juga dengan grab bar, macam 125Z. Stripe pun dah tentu lain dengan RXZ 5 speed / 6 speed.

Pengeluaran RX-Z berakhir pada tahun 2011 setelah dijual lebih dari dua dekad. Boleh dikatakan Mohd Kamil adalah antara pemilik akhir motor keluaran Yamaha ini yang dibeli pada tahun 2010. Percaya atau tidak, sejak dibeli hingga sekarang boleh dikatakan motor ini lebih banyak diperam daripada ditunggang. Setakat ini, paling jauh beliau keluar ride adalah ke Pulau Pinang. Beliau lebih selesa ride dalam jarak yang dekat.

Sepanjang tempoh pemilikan, motor ini lebih banyak memenuhi ruang tamu dalam rumah di Kuala Kangsar. Bagi makluman, boleh dikatakan tiada apa yang berubah sejak asal Kamil membeli motor ini. Kalau ada sekali pun, tentu tayar yang ditukarnya kerana mustahil beliau menggunakan tayar sama sejak tahun 2010 sehingga sekarang. Bukan itu sahaja, anda sendiri boleh lihat paras ketinggian fork masih tinggi dan tiada ubahsuai dilakukan.

Atas dasar minat yang tinggi terhadap model ini menyebabkan beliau membelinya tanpa membuat sebarang modifikasi dan membiarkan jentera ini kekal standard kilang selain menjaga nilai komersial yang datang ikhlas daripada Yamaha. Katanya, ramai cuba masuk meminang akan tetapi beliau tidak berfikir untuk menjualnya. Benda 10 tahun boleh simpan di ruang tamu rumah. Kamil tidak hairan atau berminat untuk menjualnya. Minat dan cinta orang ni macam-macam bro. Yamaha pun satu hal, benda boleh jual, bikin la lagi!

Disediakan Oleh : En. Bob

Previous Post

Projek Kustom BMW R 18, Gabungan Rekaan Retro Dan Moden

Next Post

58 Peserta Motosikal Berkuasa Tinggi Sertai Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Next Post

58 Peserta Motosikal Berkuasa Tinggi Sertai Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved