Program Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 melibatkan 58 peserta motosikal berkuasa tinggi akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 Ogos ini,” kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Beliau berkata penganjuran konvoi yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-63, di samping mempromosi sektor pelancongan domestik Melaka serta produk ekopelancongan yang terdapat di setiap daerah.
Beliau berkata program tersebut akan bermula di Malaysia Tourism Centre, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Kelab Fast Bikes serta mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya termasuk Tourism Malaysia dan beberapa agensi kerajaan lain.
“Kempen kesedaran tentang COVID-19 khususnya dari aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) turut akan dilakukan oleh peserta konvoi selain mempromosikan aplikasi digital rasmi kerajaan negeri iaitu Melaka Excess kepada orang ramai,” katanya. — BERNAMA