Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Projek Kustom BMW R 18, Gabungan Rekaan Retro Dan Moden

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-24
in BULETIN, UTAMA
0

BMW Motorrad mempertontonkan motosikal khas terbaharunya yang dikustom berdasarkan model R 18. Bernhard Naumann yang dikenali sebagai Blechmann dalam scene kustom bertanggungjawab mengubah jentera R 18 menjadi lebih sporty dan garang.

Jentera ini memiliki ’wajah’ yang unik dan lampu hadapan dibikin khusus berbentuk seperti buah pinggang. Gril digunakan pula mengimbas kembali kepada model Coupe 4 Series. Selain itu, R 18 didatangkan cermin hadapan yang rendah dan tangki petrol dipadankan dengan sempurna pada jentera ini.

Ia juga dilengkapi lampu belakang Kellermann, bar hendal stub, tempat duduk diperbuat daripada kulit berwarna cokelat, aksen krom dan gabungan warna hitam serta putih menyerlahkan lagi jentera ini. Blechmann dan pasukannya hanya menggunakan mounting asal serta membuat sedikit perubahan pada badan jentera ini.

Sudah pasti, hasil motosikal ini amat mengagumkan dengan menggabungkan rekaan moden dan retro. Begitupun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana Blechmann mengambil masa kira-kira 450 jam untuk menyiapkan projek motosikal terbabit. Blechmann menjelaskan dia memulakan projek dengan mengeluarkan bahagian-bahagian versi asal sehingga ia menjadi kanvas putih.

“Apabila proses pembinaan, reka bentuk pun mula berkembang. Saya memanggilnya sebagai gaya pantas prototaip Bleechmann,” katanya.

Tidak mengejutkan dia menggunakan pendekatan tersebut kerana Bleechman tidak melakar reka bentuk terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja kustom. BMW Motorrad tidak memperinci lebih lanjut mengenai motosikal berkenaan. Begitupun, jentera standard R 18 mendapat khidmat enjin boxer dua silinder 1.8 liter. Ia mampu menjana kuasa 90 hp dan tork 158 Nm serta memecut pada kelajuan maksimum sehingga 179 km/j. – carscoops.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Harga RON95, RON97 Naik 3 Sen

Next Post

Catalyzer Bangsawan Ipoh!

Next Post

Catalyzer Bangsawan Ipoh!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved