Bermula dengan motor ‘kapcai’, syarikat yang dahulunya dikenali dengan nama Cycle Advance Enterprise mula bertapak di industri motosikal sekitar tahun 2004. Berbekalkan pengalaman lebih 17 tahun oleh penaung serta pemiliknya Tuan Loo Joon Yee, syarikat CA Cycle Advance ini menjual serta menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk semua jenis motosikal.
Selain menjadi pengedar untuk motosikal keluaran KTM dan Suzuki, CA Cycle Advance juga menawarkan beberapa jenama lain termasuk Yamaha, Honda, SYM, Benelli, Kawasaki, Vespa, Modenas dan Adiva. Bilik pameran, jualan dan pusat perkhidmatan CA Cycle Advance ini terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi par pelanggan.
Kemas dan mengutamakan keselesaan para pengunjung khususnya pelanggan, motosikal yang ada dijual di sini disusun secara teratur. Malah, kehadiran para pelanggan akan disambut dengan layanan terbaik dari tenaga kerja. Berpegang kepada slogan Servis Terbaik Untuk Pelanggan Kami, CA Cycle Advance turut dianggotai para mekanik berkemahiran tinggi dan pakar dalam bidang ini yang membekalkan kualiti servis cemerlang serta sedia sepanjang masa.
Waktu perniagaan:
Isnin – Jumaat
9.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Ahad – Tutup
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
CA Cycle Advance (Kajang) Sdn. Bhd.
No. 4, 6, 8, 10, Jalan Bukit Mewah 9,
Taman Bukit Mewah,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel :03 – 8736 3228 / 8741 5783
017 – 369 6610 (Eric)
013 – 335 3888 (Jackson)
011 – 2102 1543 (Thiam)
012 – 336 3228 (Joon)
No. Faks :03 – 8736 0128
Emel : cycleadvance@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/cacycleadvancekajang
Insta: https://www.instagram.com/cacycleadvance/
Website: https://www.cacycleadvance.com/