Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu dengan tajaan dan kerjasama dari Koyoko MP Sdn Bhd telah menganjurkan Karnival Keselamatan Jalan Raya Bersama Kadet JPJ Negeri Terengganu. Bertempat di Dataran Dewan Putra JPJ Negeri Terengganu, karnival ini diadakan pada 17 Julai lalu. Karnival yang juga satu lagi usaha JPJ dan Koyoko MP Sdn Bhd ini turut disokong penuh oleh JKJR Negeri Terengganu dan disertai kadet JPJ dari 5 buah sekolah.
Dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Zulkarnain Bin Md. Yasin, Pengarah JPJ Negeri Terengganu, turut hadir adalah Tuan Mir Khairol Hafizal Bin Mir Idris, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Terengganu. Puan Rokiah Binti Mohamad, Pengarah JKJR Negeri Terengganu. En. Ahmad Hisham Bin Usoh @ Yusoff, Wakil Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan En. Hishamuddin Bin Md. Rashid, Duta KOYOKO.
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya seperti tugasan mengedarkan risalah oleh kadet JPJ kepada orang ramai di lokasi-lokasi tertentu. Pengarah dan Timbalan Pengarah JPJ, Pengarah JKJR dan Duta KOYOKO turut turun padang dalam aktiviti ini. Koyoko juga mengambil kesempatan ini memberi taklimat mengenai bateri dan tayar motosikal yang disampaikan oleh En.CP Khor, Pengarah Pemasaran Koyoko. Para peserta diberikan pendedahan terhadap pemilihan bateri dan tayar yang sesuai selain ciri-ciri khas pada bateri Koyoko dan tayar Kenda.
Selain itu, kadet-kadet JPJ dan juga para hadirin diberi peluang untuk memenangi hadiah-hadiah khas daripada JKJR menerusi segmen pop kuiz oleh Tuan Nazri, Pegawai JPJ Negeri Terengganu. Karnival dimeriahkan lagi dengan segmen cabutan bertuah dengan hadiah tajaan Koyoko MP Sdn. Bhd. Tahniah kepada pihak yang berusaha menganjurkan satu lagi aktiviti yang dapat memberikan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya ini.
Senarai sekolah-sekolah yang dilantik;
SMK Padang Negara
SMK Seri Budiman
SMK Padang Midin
SMK Bukit Tunggal
SMK Bukit Rakit