Pada tahun lepas, BSA mengumumkan Gold Star 650 yang telah dikemaskini bakal berada di pasaran sekitar bulan Mac. Kini, sudah di penghujung Mac tetapi masih belum nampak bayang Gold Star 650 baharu seperti yang diumumkan Disember tahun lalu. Apa yang terjadi?
Menurut maklumat rasmi dari BSA, Gold Star 650 akan berada di bilik-bilik pameran bermula dari Jun. Kemungkinan besar, ia akan tiba lebih awal sekitar bulan Mei 2022. Jurucakap BSA berharap dapat memperbaiki jalinan di antara wakil pengedar dan akan berkongsi lebih banyak informasi termasuk harga pada bulan Mei nanti.
Kelewatan ini sudah tentu satu berita yang mengecewakan khususnya kepada para peminat BSA. Namun, berita baiknya ia bukan dibatalkan atau ditunda, cuma tarikh pengeluaran yang tepat tidak dapat dipastikan bila berada di pasaran dan boleh mula dimiliki oleh para peminat jenama ini.
Lebih banyak informasi bakal dikongsikan sebelum motor ini berada di pasaran.
Sumber : Visordown