Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

WMoto Muncul Dengan ES250i, kesinambungan dari WMOTO ES125

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-03-30
in BULETIN, UTAMA
0


Wmoto telah melancarkan skuter ES250i yang merupakan kesinambungan dari WMOTO ES125 secara langsung di Facebook dan YouTube rasmi MForce TV baru-baru ini. Skuter dengan tagline Sensasi Maksimum ini memiliki reka bentuk yang kemas serta perincian teliti.

Ia juga dilengkapi dengan brek cakera bersaiz 240mm serta sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di tayar hadapan dan belakang untuk memberi keselamatan maksimum kepada penunggang semasa membrek kecemasan. Skuter ini juga menggunakan tayar jenama premium iaitu Timsun.

WMoto ES250i menggunakan sistem kunci pintar di mana ciri Alarm Key Findings turut terdapat pada teknologi ini. Ianya berfungsi untuk pemilik skuter ini mengetahui lokasi skuter mereka lebih-lebih lagi di kawasan parkir. Dengan menekan butang tersebut di kunci, lampu skuter ini akan berkelip selama beberapa saat dan boleh dilihat dari jauh.

Skuter WMoto ES250i 244.3cc dijana oleh 4-lejang, silinder tunggal dan 4-injap serta mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 21Hp dan 8,500rpm dan tork maksimum 21Nm pada 6,500rpm dengan sistem penyejukan cecair. Dari segi teknikal yang lain, skuter ini turut mematuhi piawaian emisi Euro 4 dan dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik.

Berbeza dengan skuter yang memiliki sesaran enjin yang sama, ES250i mempunyai reka bentuk dan saiz yang sesuai untuk semua golongan terutamanya penunggang wanita yang kini bilangannya semakin meningkat di kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Dari segi kelengkapan, WMoto ES250i didatangkan dengan lampu projektor dan DRL yang menggunakan teknologi LED untuk jangka hayat lampu yang lebih lama serta melihat dengan lebih jelas semasa menunggang.

Selain itu, lampu kecemasan turut disertakan dan panel paparan digital dan analog. WMoto ES250i memiliki tangki bahan api dengan kapasiti 12-liter yang memberikan anda lebih kilometer semasa menunggang. Dengan kelajuan 100km/j, anda boleh bergerak sejauh 280km sebelum pengisian semula bahan api.

Tempat duduk pada skuter ES250i diperbuat dari tekstur anti-gelincir untuk penunggangan yang lebih selesa dan di bawah tempat duduk turut mempunyai ruang simpanan barangan peribadi seluas 19-liter. Manakala untuk kemudahan para penunggang, terdapat juga port USB di mana anda boleh mengecas telefon pintar anda dan letakkannya di dalam ruang simpan di bahagian depan skuter.

Untuk suspensi, WMoto ES250i menggunakan jenama terbaik, KYB di bahagian hadapan (teleskopik) dan belakang (dwi-penyerap kejutan) untuk keselesaan maksimum semasa menunggang di atas jalan raya dengan pelbagai jenis permukaan. Pemilik skuter ini juga boleh memasang aksesori kotak simpanan jenama YH Pro yang turut disediakan oleh WMoto (dibeli secara berasingan di mana-mana premis pengedar sah WMoto) WMoto ES250i boleh didapati di pengedar sah WMoto seluruh Malaysia dan dijual pada harga permulaan RM13,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran. Skuter ini turut ditawarkan dalam tiga piihan iaitu Fiery Red, Midnight Blue dan Slate Grey.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad, dengan berkonsepkan Economic Scooter atau singkatannya ES, harga yang ditawarkan skuter baharu ini adalah sangat kompetitif.

“Skuter terbaru ini, adalah salah satu model dari WMoto Scooter line-up di mana sebelum ini MForce telah memperkenalkan model ES125, RT3 250 dan Xtreme 150”, tambah beliau semasa memberikan ucapan aluan di acara Media Launching bersama media.

Dengan setiap pembelian WMoto ES250i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Aksi-Aksi Mendebarkan Dan Memukau, Pembukaan Musim 2022!

Next Post

BSA Kongsi Kemaskini Terbaharu, Bakal Berada Di Pasaran

Next Post

BSA Kongsi Kemaskini Terbaharu, Bakal Berada Di Pasaran

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved