Perjalanan bermula dari RV pertama di NLCS Shah Alam, menyaksikan sebanyak 98 buah R25 berada di atas lebuh raya milik para peserta yang datang dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Kemudian, para peserta berkumpul di RV seterusnya di tol Seremban bersama sahabat-sahabat Negeri Sembilan.
Kedatangan para peserta disambut presiden SahabatR25, saudara Nur Suhaimi Bin Arshad @ Abah yang teruja dengan sambutan serta melihat kerjasama di antara ahli-ahli termasuk AJK dan Marshall yang bertungkus lumus menjayakan program ride kali ini.
Selain meraikan majlis perkahwinan salah seorang sahabat, turut diadakan aktiviti selingan seperti cabutan bertuah sekali gus memeriahkan lagi program ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua kru terlibat khususnya sahabat-sahabat Negeri Sembilan yang telah disusun atur bersama;
1. Suhaimi – 001 (Presiden)
2. Sham – 002 (N. Presiden)
3. Tuan Asraf – 009 (K. Marshall N9)
4. Husin – 095 (Pembantu Ketua Marshall Negeri Sembilan)
5. Zafran – 123 (Marshall Negeri Sembilan)
6. Kiena – 090 (Setiausaha Sahabat)
Dibarisi Ahli-ahli Jawatan Kuasa Dan Marshall yang bertugas;
1. Karl – 006
2. Amir – 077
3. Han – 017
4. Afiq – 003
5. Sharif – 013
6. Mail – 011
7. Bob Nizam – 138
8. Nik Nazrin – 022
9. Along Melaka – 099
10. Bob Melaka – 093
11. Nizam Pahang – 030
Sebagai presiden SahabatR25, Abah atau Nur Suhaimi Bin Arshad yang mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program ini. Diharapkan program akan datang diadakan dengan lebih gemilang dan cemerlang. Nantikan acara tahunan SahabatR25 yang bakal diadakan di Jeram, Kuala Selangor.
Berkawan tiada sempadan, jaga adab dan sopan.
Di atas Highway kami bergabung,
Bermacam aksi gaya tersendiri,
Kami sahabat peramah dan tak sombong,
Mencari kawan dan sahabat serata negeri.
Perkongsian : Presiden SR25🇲🇾
Nur Suhaimi Bin Hj Arshad (Abah@army77)