Brixton Motorcycles dilaporkan sedang membangunkan sebuah enjin 1200cc, selepas mereka memperkenalkan konsep motosikal itu ketika pertunjukan EICMA 2019.
Motosikal itu mengambil beberapa rekabentuk Triumph Bonneville T120 yang amat terkenal dan popular di kalangan penggemar motosikal retro. Konsep itu memang berbentuk seperti Bonneville dengan sekali pandang.
Tetapi kesamaannya bukan sekadar rekabentuk, malah enjin 1200cc, 2-silinder selarinya juga. Bentuk silindernya mirip enjin Bonneville, seperti juga liang ekzos serta liang kemasukan. Bezanya di segi rekabentuk penutup injap, serta penutup kotak gear.Kini, portal Ride Apart telah menunjukkan gambar-gambar lakaran komputer yang menunjukkan enjin tersebut daripada fail permohonan paten. Permohonan itu dibuat oleh Gaokin selaku pembuat enjin itu di negara China.Walaubagaimanapun, enjin itu masih di dalam fasa pembangunan dan masih tiada berita bilakah motosikal itu akan dilancarkan.
Jenama motosikal Brixton berasal daripada negara Austria (sama seperti KTM) tetapi motosikal serta enjin mereka dibina di negara China.
Sumber : Rideapart.com