BMW S 1000 RR merupakan antara superbike yang paling popular bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh pelusuk dunia.
Ia juga digunakan di dalam beberapa siri perlumbaan seperti Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) serta Asia Road Racing Championship, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) dan sebagainya. Tidak syak bahawa perlumbaan Isle of Man TT (Tourist Trophy) juga mempunyai prestij yang amat tinggi.
Ini kerana hanya motosikal jalanan yang “dimodifikasi sahaja boleh digunakan di IoM TT dan jentera dengan spesifikasi WorldSBK tidak dibenarkan. Oleh yang demikian, motosikal yang digunakan di dalam perlumbaan tersebut hampir sama dengan motosikal yang kita boleh beli.
BMW telah pernah memengangi kelas Senior TT, iaitu kelas paling tinggi, di dalam IoM TT sebanyak tiga kali. Pemegang rekod kelajuan perlumbaan itu, Peter Hickman, sepatutnya beraksi pada tahun ini dengan menggunaan model S 1000 RR tetapi perlumbaan itu telah dibatalkan juga seperti tahun lepas.
Walaubagaimanapun, BMW tetap lancarkan model S 1000 RR versi Isle of Man TT. Model ini menggunakan suspensi separa-aktif elektronik yang terdapat pada versi M 1000 RR serta rantai M Endurance yang tidak perlu diselenggara. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan lampu berwarna kuning dan skrin yang digelapkan seperti di dalam Kejuaraan Endurance Dunia.
Namun begitu, ciri yang paling membezakannya daripada S 1000 RR yang lain ialah warna hijaunya. BMW telah juga memperkenalkan model kereta M3 Berline yang menggunakan warna yang sama.
Hanya terdapat 50 buah versi IoM TT yang akan dibina dan ia hanya boleh didapati di Perancis. (Entahlah kenapa di Perancis sebab IoM berada lebih dekat dengan United Kingdom sebenarnya.)