Salah satu kelab motor paling aktif, Spark Malaysian Club terus mewarnakan dunia dua roda tanah air. Sempena penganjuran All Riders Gathering Negeri Kedah yang berlangsung di Jitra, satu siri jelajah telah diadakan melibatkan kawasan utara Malaysia termasuk Tanjung Malim, Bertam, Kangar dan beberapa lagi lokasi lain. Siri jelajah atau Road Tour ini diadakan untuk mempromosikan ARG
Pada 19 Julai lalu, satu lagi lokasi yang menjadi pilihan siri jelajar ini adalah di The Portbike di Tanah Merah. Dianjurkan dengan kerjasama pihak pengurusan The Port Bike, program ini telah berlangsung pada hari Jumaat bersamaan 19 Julai. Bermula dari pukul 8 malam sehingga 12 malam, pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.
Para peserta yang hadir berpeluang untuk mendaftarkan diri untuk menjadi ahli. Lebih istimewa lagi, para pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan selebriti yang memeriahkan lagi siri jelajah ini terutamanya Zul Huzaimy yang juga Presiden Spark Malaysian Club. Selain itu, turut diadakan adalah jualan kemeja-t edisi terhad serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.