Deruman enjin, bersahut-sahutan semakin lantang kedengaran tatkala menuju ke hujung minggu di Litar Antarabangsa Chang untuk pembukaan musim Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Idemitsu FIM. Fokus utama tertumpu kepada Markus Reiterberger dari pasukan ONEXOX BMW TKKR Team yang mencatatkan kemenangan demi kemenangan pada musim lepas dengan mengumpulkan sebanyak 250.5 mata.
Walaupun dengan banyak kemenangan dalam satu musim, beliau gagal menciptakan hat-trick untuk dirinya sendiri. Namun, itu pastinya bukan satu isu yang besar buat pelumba Jerman ini. Pusingan 1 di Litar Chang tahun lalu menjadi rujukan buat beliau memahami corak penunggangan. Jelasnya, beliau berjaya menterjemahkan permainan itu dari Pusingan 2 dan seterusnya mendominasi litar.
Manakala pasangan duo Honda Asia-Dream Racing Team ASEAN, Md Zaqhwan Zaidi dan Andi Farid Izdihar sentiasa mengawasi Markus sepanjang musim, menunggu peluang untuk menyerang. Namun, mereka akhirnya bersaing dan mencabar satu sama lain untuk mengekalkan kedudukan. Zaqhwan mempunyai kelebihan kerana pengalamannya dalam kategori perlumbaan ASB1000 dengan semangat sukan yang luar biasa di atas Honda CBR1000RR R.
Bagaimanapun bagi seorang pendatang baru, Andi Farid telah mencapai tahap tersebut dan lebih daripada sekadar belajar, dia terus menetapkan penanda aras untuk pasukan. Dengan dua watak yang menonjolkan diri dengan mengekalkan tekanan dalam kalangan pesaing, kategori perlumbaan ABS1000 pasti akan menjadi sengit musim ini. Menambahkan kepada barisan pasukan adalah Nakarin Atiratphuvapat yang telah menamatkan pengalaman di kategori SS600 selepas berjaya menduduki tempat ketiga secara keseluruhan. Apakah yang akan terjadi kepada pasukan ini musim ini untuk trio tersebut?
Nantikan, debarannya hujung minggu ini!