Dianjurkan buat julung kalinya pada 3 dan 4 Februari lalu, Teluk Batik Bike Mix mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Program anjuran usahama di antara Changkat Jering Route 1, Sungai Tinggi A101 dan Teluk Batik Route A188 ini berjaya meraih perhatian dan semuanya kerana sokongan padu dalam kalangan peminat motosikal sendiri.
ROSE Rider antara kelab yang memberikan sokongan padu dengan kekuatan sebanyak 40 jentera pada hari pertama penganjuran program ini. Kelab permotoran ukhuwah ROSE Riders ini telah datang sehari lebih awal dan menginap di Manjung.
Sebelum tiba di tapak acara, ahli-ahli kelab telah bersia-siar di bandar Lumut terlebih dahulu. Bukan sahaja hadir untuk memeriahkan program, ahli-ahli kelab turut menerima penghargaan dan juga cenderahati dari pihak penganjur. Apatah lagi, ROSE Riders menjadi satu-satunya kelab yang mengibarkan 6 panji wilayahnya dalam program konvoi yang diadakan. Seiring dengan ucapan presidennya, Bro Zass. “Dalam minat kita bersahabat!”