Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menampung Lebih Daripada 1500 Unit Motosikal!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-03-15
in BULETIN, UTAMA
0

iMotorbike, platform motosikal terkemuka Asia Tenggara bagi pembelian dan penjualan motosikal pra-milik, mengorak langkah baharu dalam pengembangannya. Baru-baru ini, iMotorbike telah mengadakan pembukaan rasmi ruang pameran baharunya yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam. Merangkumi tiga tingkat dan meliputi kawasan seluas 46,806 kaki persegi.

Bagi makluman, ruang pameran ini dikatakan mampu menampung sehingga lebih daripada 1500 buah motosikal. Ditubuhkan pada tahun 2017, iMotorbike memulakan perjalanannya dari sebuah apartmen sederhana sebelum berkembang dengan pesat ke sebuah stor seluas 3,000 kaki persegi di Petaling Jaya, yang seterusnya telah membawa kepada pembukaan ruang pameran terkini.

Dengan menawarkan pengalaman pembelian motosikal atas talian, platform ini memastikan kualiti melalui 170 titik (poin) pemeriksaan serta jaminan pulangan 6-hari, waranti 6-bulan, di samping penghantaran ke seluruh negara. Ruang pameran baharu ini dibuka kepada orang ramai dan terletak di 12, Jalan Perpustakawan U1/62, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam, Selangor.

Syarikat teknologi berinovatif ini turut mempunyai perkhidmatan pengguna tambahan seperti pembiayaan gabungan, cukai jalan, dan pilihan insurans. Ini digabungkan dengan berita motosikal terkini, dan para pelanggan juga berpeluang untuk melihat serta memandu uji daripada pilihan motosikal yang terbesar di negara ini.

Gil Carmo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas iMotorbike berkongsi, “Kami amat teruja untuk melancarkan ruang pameran mercu tanda serba baharu kami di Shah Alam ini, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kami mempunyai salah satu pilihan terbesar motosikal pra-milik yang dipamerkan untuk pelanggan kami, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan dan perkhidmatan yang berkualiti.”

“Ruang pameran ini juga menunjukkan komitmen berterusan kami untuk membantu membina pasaran pra-milik di Malaysia dan menyediakan satu platform yang boleh dipercayai untuk kedua-dua pembeli dan penjual.”

iMotorbike telah mencapai kejayaan kewangan yang mengkagumkan, menjana lebih daripada RM 28 juta pendapatan tahunan. Kejayaan syarikat ini telah menarik perhatian pelabur terkemuka, termasuk Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), menjadikan iMotorbike syarikat portfolio pertama untuk menerima pelaburan dari PNSB. Perkongsian strategik ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap potensi dan sumbangan iMotorbike kepada pembangunan ekonomi negeri.

Dengan kehadiran yang kuat di Malaysia dan Vietnam, pelancaran ruang pameran baharu ini mewakili satu penanda jarak yang signifikan bagi syarikat, memperkukuhkan dedikasinya untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggannya.

Memperkasa bakat tempatan dalam industri motosikal Dalam langkah ke arah memupuk bakat tempatan dan memajukan industri motosikal, upacara pelancaran ini turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara iMotorbike dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bagi memperkasakan pendidikan dan pembangunan belia Selangor.

Tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, turut hadir bagi merasmikan upacara tersebut, disaksikan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Encik Nazri bin Noh, Pengerusi STDC, Gil Carmo serta Sharmeen Looi, pengasas bersama iMotorbike.

“Kerajaan Selangor sentiasa menyokong inisiatif yang melengkapkan generasi muda kita dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mencapai kecemerlangan dalam tenaga kerja. MOU bersama iMotorbike ini merupakan salah satu contoh unggul kolaborasi sedemikian, di mana ia memupuk satu program latihan yang unik serta memperkasakan pelajar, meningkatkan industri teknikal kita, dan akhirnya memacu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor,” ujar Encik Nazri bin Noh, Pengerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor.

Kerjasama ini membenarkan pelajar dan graduan STDC yang berusia 16 tahun ke atas untuk mengikuti kursus pensijilan juruteknik motosikal yang dikhususkan, mengorak langkah ke arah kerjaya yang memberi ganjaran dalam industri motosikal. Bukan itu sahaja, perkongsian itu turut dikongskan ke atas sumber-sumber ruangan teknologi Selangor, memperkuatkan dengan lebih lanjut lagi fokus negeri terhadap pendidikan dan inovasi teknologi.

“PNSB, sebagai sebuah entiti berkait-kerajaan negeri, berbeza dari firma modal teroka konvensional. Kedudukan unik kami membenarkan kami untuk bertindak sebagai penghubung antara syarikat pemula dan aparatus negeri. Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini memperkukuhkan lagi komitmen tersebuti,” kata YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar, CEO PNSB.

Dengan komitmen yang dikongsi bersama bagi pembangunan remaja dan kemajuan teknikal, MOU ini mengorak langkah ke arah Selangor yang lebih berinovatif dan diperkasa.

“Sebagai Menteri Besar, saya amat berbangga untuk menyaksikan inisiatif sedemikian yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor tetapi juga memperkasakan belia kita untuk menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Saya memuji kedua-dua iMotorbike dan STDC untuk visi dan dedikasi mereka ke arah memupuk pembangunan bakat dan pertumbuhan industri,” ujar YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

“Tahniah juga kepada PNSB atas pelaburan pertamanya dan adalah penting untuk mengambil kira bahawa PNSB telah membawa kenyataan saya mengenai Dana Inovasi Selangor menjadi realiti, dalam ucapan saya pada Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2021,” tambah YAB Dato’ Seri Amirudin.

iMotorbike percaya bahawa setiap individu berhak mendapat peluang untuk mencapai kecemerlangan, tanpa mengira latar belakang akademik mereka. Melalui program ini, iMotorbike akan melengkapkan minda muda dengan kemahiran dan peluang yang mereka perlukan untuk mencari karier yang memuaskan dan menyumbang kepada lanskap teknologi dan inovasi Selangor yang semakin berkembang maju.

Syarikat tersebut juga menawarkan diskaun khas kepada pemastautin Selangor untuk menjadikan pemilikan motosikal lebih mudah diakses, seterusnya memupuk minat mendalam terhadap aktiviti pemotoran dalam komuniti.

Previous Post

Bersedia Untuk Satu Lagi Musim Yang Mendebarkan!

Next Post

Bermula Dari RM 36,500.00, Ninja ZX-25RR Bakal Tiba Menjelang Akhir Mac

Next Post

Bermula Dari RM 36,500.00, Ninja ZX-25RR Bakal Tiba Menjelang Akhir Mac

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved