Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bermula Cemerlang, Tidak Beri Peluang Kepada Pelumba-Pelumba Lain

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-07-20
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di Litar Jempol, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-29 yang berlangsung pada hujung minggu lalu menyaksikan Md Izzat Zaidi Md Salehan melakarkan kemenangan bagi pasukannya PETRONAS Spinta Yamaha – CKJ Racing. Pelumba CP150 yang berasal dari Selangor telah mencatatkan masa terpantas di sesi perlumbaan akhir apabila beliau melengkapkan kesemua 20 lap tersebut dengan kelajuan yang konsisten sepanjang perlumbaan.

Izzat memulakan perlumbaan di petak grid pertama tidak memberikan peluang kepada pelumba-pelumba lain untuk mengambil tempatnya di P1. Beliau kelihatan yakin dengan jentera serta kebolehannya untuk mempertahankan kedudukan di tempat pertama sepanjang perlumbaan.

Pada pusingan lepas, Izzat telah mengambil tempat ketiga secara keseluruhan. Persembahan beliau sepanjang musim ini tidak kurang hebat dan telah menaiki podium di tempat kedua pada pusingan pertama kejuaraan ini.

Pada sesi kelayakan semalam, Izzat mencatatkan masa kedua terpantas dengan catatan masa 44.310s manakala bagi sesi Super Pole, beliau mencatatkan masa terpantas, 44.023s. Bagi perlumbaan akhir, beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14’48:244s.

Menurut Izzat, “Saya berasa amat gembira kerana akhirnya berjaya mendapat tempat pertama di podium.”

“Bagi saya, perlumbaan ini telah berjalan dengan agak lancar. Afif telah banyak membantu dalam perlumbaan kali ini dan saya amat berterima kasih kepada beliau dan pasukan saya untuk kemenangan ini.”

Tempat kedua menjadi milik Azroy Anuar Hakeem dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu apabila beliau menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 14’50:015s. Tempat ketiga pula adalah milik Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 14’51:180s.

Bagi kategori CP125 pula, Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing menguasai litar Jempol dengan kemenangan pertamanya di tangga teratas. Shafiq yang memulakan perlumbaan di petak grid kedua menyambar kedudukan P1 di lap pertama dan meneruskan perlumbaannya secara konsisten sepanjang 15 lap. Beliau memaparkan kehandalannya dalam pengendalian jentera dengan kepantasan yang optimum sepanjang perlumbaan.

Walaupun persaingan sengit di antara pelumba-pelumba CP125, kedudukan beliau tidak tergugat. Beliau menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 11’48:421s. Pada pusingan lepas, kemenangan Shafiq di tempat kelima telah menempatkannya di tempat kedua secara keseluruhan.

Menurut Shafiq, “Sepanjang perlumbaan, saya cuba mengekalkan kedudukan saya dengan kelajuan yang konsisten.”

“Saya cuba mengelakkan sebarang kesilapan dan akhirnya berjaya memenangi pusingan ini.”

Tempat kedua diambil oleh Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing dengan catatan masa 11’51:944s. Ini adalah kemenangan pertama di podium bagi Adib bagi musim ini. Tempat ketiga adalah milik Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 11’54:706s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Md Danish Aiman Zamrul sekali lagi membawa kemenangan kepada pasukannya, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing. Danish yang memulai perlumbaan di petak grid kedua menamatkan perlumbaan dengan suatu kejutan apabila beliau memintas rakan sepasukannya pada lap terakhir.

Danish dipintas oleh rakan sepasukannya Md Syamil Amysar Md Iffende di lap kedua. Namun begitu, beliau mendapat peluang untuk membuka langkah di lap ketujuh dan terus mengambil kesempatan untuk memintas Syamil.

Untuk empat lap seterusnya, Danish, secara konsisten mengekori Md Adam Haikal Jahar yang memulakan perlumbaan di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas di sesi “Shoot Out”. Pada lap terakhir, Danish mendapat peluang sekali lagi untuk memintas lalu mengambil alih kedudukan di P1. Danish menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9’36:357s.

Menurut Danish, “Pada permulaan perlumbaan, saya telah buat satu kesilapan dan dipintas oleh Syamil. Namun begitu, saya cuba dapatkan kembali kepantasan jentera dan mendapat peluang untuk memintasnya.”

“Persaingan sememangnya sengit. Adam agak pantas. Saya kekal konsisten sepanjang perlumbaan sehingga mendapat peluang untuk memintas Adam.”

Rakan sepasukannya, Adam mengambil tempat kedua dengan catatan masa 9’36:478s. Tempat ketiga pula diambil oleh Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 9’41:971s.

Keputusan Pusingan 5 – Litar Jempol

CP150
Md Izzat Zaidi Md Salehan, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 14:48.244
Azroy Hakeem Anuar, Honda Yuzy Idemitsu Team, 14:50.015
Ahmad Afif Amran, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 14:51.180

CP125
Md Shafiq Rasol, ONEXOX TKKR Racing Team, 11:48.421
Md Adib Rosley, YYPANG Yamaha Racing Team, 11:51.944
Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR Racing Team, 11:54.706

Wira KBS
Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 RACING, 9:36.357
Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 RACING, 9:36.478
Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, Honda KC Racing, 9:41.971

Previous Post

Dua Warna Terkini, Harga Kian Bertambah

Next Post

Tiada Kesan Jelik, Motor Keluaran Honda Tahun 1974 Ini Kembali Cantik!

Next Post

Tiada Kesan Jelik, Motor Keluaran Honda Tahun 1974 Ini Kembali Cantik!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved