Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berjiwa Santai, Tenang Tanpa Drama

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-25
in BULETIN, UTAMA
0


Terserlah aura positif sebaik sahaja Natasha Arianna menjejakkan kaki di lokasi penggambaran untuk segmen Santai Rantai yang dibawakan Evolube dan Roadstar. Tidak lokek dengan senyuman, si gadis kelahiran Pulau Pinang ini menetap di Kuala Lumpur. Kehadirannya bersama sebuah motosikal cafe racer, sesuai dengan penampilannya yang santai tetapi tetap bergaya. Memang secocok. Elegan bersama!

Lebih selesa dipanggil Arianna, si gadis ini tidak sedikit pun kekok berkongsi cerita tentang motosikal pilihan hatinya. Sebuah GPX Legend Gentleman 200 dari Thailand yang sudah dimilikinya sejak empat tahun lalu. Berbanding kebanyakan peminat motosikal wanita di luar sana yang menggemari motosikal superbike atau naked bike, cafe racer menjadi pilihan Arianna kerana bersesuaian dengan jiwanya yang lebih santai.

Arianna mula meminati cafe racer daripada ayahnya yang dikatakan sebagai pencetus atau inspirasi utamanya. Bermula dengan cafe racer dan akan bertukar motosikal lain bila-bila ada rezeki. Sokongan dan dorongan daripada ayahnya sangat kuat, apatah lagi beliau yang mengajar Arianna menunggang motor. Bercakap tentang bermain motosikal, jatuh motor itu perkara biasa di peringkat awal kerana tiada orang yang baru belajar terus pandai menunggang.

“First bawa (pertama kali menunggang), takkan kita terus pandai. Kan? Ada fasa-fasa yang jatuh motor, nak kena baiki motor,” ujar Arianna sambil mengenang kenangan lalu.

Pengalaman adalah guru paling berharga. Pertama kali jatuh motor, Arianna tidak menunggang cafe racer tetapi motor kapcai. Kebetulan pula, ketika itu Arianna tidak memakai helmet muka penuh (full face helmet) dan jatuh di mana mukanya ‘mencium’ jalan tar. Peristiwa ‘berkasih sayang dengan tar’ meninggalkan kenangan berharga dan sehingga ke hari ini menjadi pedoman serta pengajaran. Ekoran pengalamannya itu, Arianna merasakan pemakaian full face helmet sangat penting ketika menunggang motosikal.

Berbalik kepada cafe racer yang menjadi pilihannya. Bukan hanya kerana penunggangan santai, Arianna meminati motosikal cafe racer kerana rekaannya yang tampil klasik. Ada aura macam motor retro. Mungkin kerana itu, tidak banyak modifikasi yang dilakukan Arianna terhadap cafe racer ini. Hanya beberapa sahaja yang ditukar seperti ekzos ‘full system’, clip-on handle kerana yang asalnya handle straight (lurus) dan juga cermin sisi.

Disebabkan Arianna berjauhan dengan keluarga, semua kerja servis motor dilakukan sendiri dengan memeriksa keadaan minyak hitam dan minyak brek setiap tiga bulan sekali. Selain itu, kerap bertanya pendapat kawan-kawan motosikal tentang kedai-kedai yang baik dalam menyediakan servis penjagaan motor. Bagi Arianna, dalam dunia permotoran dua roda ini, kalau hendak bermain motor kita perlu berkawan. Jangan sesekali mencari musuh atau bermusuhan.

Tidak dinafikan dalam dunia permotoran dua roda yang didominasi oleh lelaki, golongan rider wanita dikatakan agak memilih lebih-lebih lagi dalam kalangan cafe racer dan hal ini ada benarnya. Namun bagi Arianna, selagi tidak mendengar seseorang bercakap buruk tentang dirinya, dia tiada masalah atau isu untuk bergaul. Sekiranya ada yang bermasalah dengannya, Arianna tidak ambil pusing dan cara terbaik adalah dengan menjarakkan diri kerana tidak gemar dengan drama.

“Kita ride nak enjoy je, kita nak cari kawan bukan nak cari lawan. Just enjoy the ride,” kata Arianna dengan nada yang cukup santai.

Satu persoalan yang pasti ramai yang nak tahu. Sejauh mana Arianna pernah menunggang motosikal cafe racer ini? Bagi yang nak tahu, Arianna pernah menunggang motosikal kesayangannya ini dari Penang ke Cameron, Penang ke KL dan Penang ke Muar. Arianna juga tidak kekok apabila lebih ramai golongan lelaki menunggang motosikal cafe racer kerana kebanyakan penunggang wanita cenderung bermain naked bike dan superbike.

“Kita boleh je nak solo ride pun, tak kisah. Asalkan kita dengan bike and enjoy the vibe, the journey (nikmati suasana dan perjalanan),” tambahnya lagi.

Santai-santai sahaja, yang penting tiada drama dan hati damai!

Previous Post

Gabungkan Motor Kawasaki, Aprilia Dan Kereta Ferrari, Porsche

Next Post

Sekadar Bermodalkan Kos RM300

Next Post

Sekadar Bermodalkan Kos RM300

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved