Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sekadar Bermodalkan Kos RM300

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-11
in BULETIN, SHOW OFF
0

“Diesel murah berbanding petrol, bang. Itu sebab saya perah sikit otak untuk menjadikan model ini sebagai satu percubaan atau ‘platform’ sahaja. Alhamdulillah, walaupun agak ‘kurang’ dari segi penampilan, ramai peminat di luar sana masih berminat dengan jentera ini.

“Ikutkan kepada model, ia sekadar buah tangan sulung yang ingin saya kongsikan dengan peminat motosikal kustom tanahair bahawa apa yang saya lakukan ini adalah satu percubaan yang berjaya sekali gus meyakinkan peminat di luar sana bahawa enjin diesel juga sesuai untuk digunakan oleh jentera motosikal,” ujar Azhar Dungun ketika memulakan bual bicara.

Juruteknik di sebuah syarikat tempatan di kawasan Paka, Dungun, Terengganu memulakan hobi automotif sejak awal tahun 2000 dan ia bermula sekadar berjinak-jinak dengan jentera 4 roda (perlumbaan drif) sebelum mengambil keputusan untuk mencuba kreativiti dalam dunia dua roda pula.

Mengakui bahawa hobinya bertukar 360 darjah bermula daripada minat terhadap modifikasi kereta, kelajuan dan drift ke penciptaan motosikal kustom, Azhar menyifatkan peralihan dari jentera 4 roda ke 2 roda berlandaskan faktor kos yang tinggi.

Pemilik nama sebenar Azharuzzaman Bahruddin berusia 34 tahun menjelaskan bahawa idea mencipta jentera 2 roda atau motosikal menggunakan minyak diesel hadir selepas menyaksikan beberapa motor show atau modifikasi bermotor di dalam negara.

Lebih membuatkan Azhar tertanya-tanya mengapa modifikasi masa kini tidak melakukan pengubahusaian dengan menggunakan enjin diesel. Apa yang biasanya dilihat kebanyakan enjin diesel hanya digunakan untuk kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja dan tidak pada jentera motosikal?

“Persoalan itu kerap kali berlegar di fikiran saya. Justeru itu, saya mula membuat sedikit ulang kaji dan menambah pengetahuan untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai sejarah motosikal dalam capaian internet,” ujar Azhar.

Pelbagai alasan yang dia temui termasuklah pengeluar (kilang) motosikal tidak mampu untuk membangunkan enjin diesel disebabkan beberapa faktor seperti berat, kuasa terhad dan gegaran terhadap penunggang.

Bagaimanapun, Azhar mengakui dia banyak mengikuti jejak langkah Royal Enfield yang berjaya mengetengahkan jentera motosikal model Tourus yang bernadikan enjin diesel – sesuatu yang dianggap satu keberanian yang dilakukan oleh syarikat terbabit.

Malah penciptaan Royal Enfield adalah di luar kotak pemikiran syarikat tersebut ketika itu. Di situ juga tercetus inspirasi saya mencipta sebuah motosikal berlandaskan nadi sebuah enjin yang menggunakan minyak diesel.

“Saya mengambil pendekatan mudah sejak beberapa tahun termasuklah mengikuti pertandingan motorshow dan event berkaitan motosikal di sekitar Terengganu malah turut turun ke ibu kota, Kuala Lumpur demi mencari maklumat dan idea yang saya rasakan sesuai.

“Dari pemerhatian saya, kebanyakan pemilik kustom atau ubahsuai ini terutamanya dalam kalangan penggiat motosikal tempatan masih menggunakan enjin jenama lain dan sekadar membuat pengubahsuaian pada kerangka/badan motosikal sahaja.

Bercerita mengenai ‘the making of MotoDiesel’, Azhar menjelaskan ia bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di seluruh negara dan hanya di situ mula timbul idea malah selepas segala pengamatan, pemerhatian dan juga ilmu yang didapati termasuklah sokongan dan tunjuk ajar rakan-rakan, bermulalah projek tersebut.

Menurutnya, ramai yang terbabit dalam pembikinan modifikasi sebegini kerap mengunakan enjin kereta bagi dijadikan platform membina sebuah projek motosikal kustom. Namun berbeza dengan Azhar, ia menyifatkan penggunaan enjin yang besar, sudah pasti menelan belanja yang tidak kurang besar dan komitmen yang akan dibangunkan turut melibatkan kos yang mahal.

Kerana itu, bagi merealisasikan impiannya, Azhar mencari genset (Generator Diesel) yang rosak dan tidak lagi digunakan menjadi pilihan untuk memulakan projek itu. Alhamdulillah, pencarian untuk enjin diesel seperti yang diharapkan berjaya ditemui.

Berbekalkan sedikit ilmu dalam kejuruteraan mekanikal, genset yang rosak berjaya dibaiki, sekali gus titik awal untuk menghasilkan jentera 2 roda versi diesel yang mempunyai enjin yang berkapasiti kecil dan memudahkan proses reka bentuk serta pengangkutan pada masa hadapan, berjaya diperolehi.

Mengakui, hasrat dan impiannya pada peringkat awal untuk menjadikan motodiesel bakal menjadi kenyataan tetap mempunyai kerumitan dan cacian pelbagai pihak. Ada juga pihak yang tidak bersetuju dan mencemuhnya malah ada juga kata-kata yang disalah ertikan dan tidak kurang juga beranggapan ia merupakan sebuah cita-cita yang dongeng dan serba ‘giler’.

“Pada peringkat awal, ramai yang skeptikal dengan ‘plan’ saya malah tidak kurang ada yang terlepas dengan meluahkan kata-kata negatif sambil menyifatkan projek (motorsikal berkuasa enjin diesel) ini bakal menemui titik noktah.

“Ketika itu, hati saya pun tak kuat mana dan kadang kala cercaan mereka sedikit sebanyak turut melunturkan semangat saya,” ujar Azhar yang beranggapan kata-kata negative itu sekadar pemangkin semangat untuk meneruskan projek ini.

Berpandukan kepada imaginasi yang terfikir dalam kepala dan juga bermodalkan RM300, Azhar memulakan langkah pertama dengan memikirkan mengenai konsep dan tema bagi motosikal itu sendiri. Tema ‘military motorcycle’ dipilih kerana minatnya ke arah motosikal perang dunia dan menambah sedikit ‘RAT Look’ di beberapa komponen enjin bagi memberi kelainan serta sesuai dengan enjin diesel yang saya gunakan.

Sebuah enjin generator terbiar dan hampir menjadi besi buruk diperbaiki dan menggantikan beberapa komponen enjin yang rosak dan tidak berfungsi serta memastikan mesin ini boleh berfungsi dengan baik.

“Disebabkan kekurangan peralatan ketika itu, saya hanya menggunakan besi hollow tebal berukuran 1 inci untuk membuat kerangka motosikal dan menampung berat enjin.

“Malah, lampu sport light jenis Subaru Impreza dijadikan lampu hadapan dan lampu belakang motorsikal diambil dari kereta Toyota model KE70.

“Di bahagian roda, tayar kereta bersaiz 13 inci dijadikan roda hadapan dan untuk roda di belakang agak lebar sedikit sekali gus memberi kesan lebar pada motorsikal untuk memberi kedudukan yang stabil,” ujar Azhar

Menurutnya lagi, sistem ekzos asal pada mulanya hanyalah ekzos sebuah motosikal ditukar kepada paip ekzos kereta manakala pemijak kaki diambil daripada motosikal Honda EX5. Begitu juga dengan pelana tempat duduk turut diambil dari bahan terbuang seperti dari basikal lajak dan menggunakan break hadapan daripada motosikal Yamaha Legenda.

Hasil dari gabungan semua komponen maka terhasillah ‘masterpiece’ yang diberi nama Military Motorcyle MotoDiesel. Projek yang memakan masa 2 bulan siap sepenuhnya pada tanggal 18 Ogos 2020 tatkala seluruh dunia termasuk Malaysia mengenakan pengerakan kawalan (PKP) pada tahun tersebut.

Tambah Azhar lagi, Military Motorcycle MotoDiesel ini telah dipandu uji pada jarak 10 kilometer sahaja dan ia tidak lebih dari itu disebabkan ketiadaan penyerap hentakan yang benar-benar berkualiti dan juga tiada permit dan menyalahi undang-undang jalan raya, Azhar sekadar membawanya sekitar taman dan perumahannya.

Kepuasan jelas terpancar di wajah Azhar malah hasil yang berjaya direalisasikan itu turut mendapat sokongan dan sambutan ketika mana dia membawa Military Motorcycle MotoDiesel di setiap pertandingan motorshow yang disertai malah turut mencipta kejayaan pada beberapa pertandingan di sekitar negeri Terengganu.

SEKILAS FAKTA
Pemilik: Azharuzzaman Bin Bahruddin
Jolokan: Azhar MotoDiesel
Umur: 34 tahun
Status: Berkeluarga
Kerjaya: Juruteknik
Asal: Dungun

JENTERA
Jenis Enjin: Silinder Tunggal 4 Lejang (Direct Injection)
Sistem Penyejukan: Forced Air Cooling by flywheel fan
Sistem Penghidup: Penghidup Elektrik
Klac: Klac Kering
Bore x stroke (in): 3.39 x 2.76
Bahan Api: Diesel

Previous Post

Berjiwa Santai, Tenang Tanpa Drama

Next Post

Dari Benelli RFS150 Ke Baby Ducati

Next Post

Dari Benelli RFS150 Ke Baby Ducati

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved