Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berjaya Melepasi Benteng Azroy, Kasma Kekalkan Penguasaan Sehingga Garisan Penamat!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-10-04
in BULETIN, UTAMA
0


Kasma Daniel Kasmayuddin, kembali ke podium tertinggi Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix dengan kemenangan yang cemerlang di Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu minggu lalu. Memulakan perlumbaan dari barisan kedua, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menggunakan lima lap pertama untuk merapati kumpulan hadapan yang dipimpin Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Akid Aziz. Tiba di belakang Akid, Kasma tidak berlengah masa mengatur strategi untuk memintas pelumba ONEXOX TKKR Racing Team tersebut.

Pada lap ke-sembilan, Kasma mula membayangi pemimpin perlumbaan, Azroy. Dengan setiap pusingan yang berlalu, jurang antara Azroy dan Kasma semakin berkurangan. Namun demikian, Azroy kekal dengan strategi defensive. Di belakang Azroy, Kasma menggunakan setiap inci litar, mencari ruang untuk memintas. Peluang tersebut muncul pada lap terakhir apabila Kasma berjaya melepasi benteng pertahanan Azroy di selekoh pertama. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 16’33.906s.

0.083 saat di belakang Kasma, Azroy terpaksa Akur di tempat kedua. Kedudukan podium ketiga dimenangi sekali lagi oleh Mohd Akid Aziz dengan catatan masa 16’37.192s.

“Pasukan kami menggunakan banyak masa untuk mencari setting gear dan suspensi yang tepat untuk litar yang agak teknikal ini. Sampai ke sesi kelayakan kedua untuk Pusingan 6 pada hari Ahad, saya mula berasa lebih yakin. Semasa di perlumbaan tadi, saya sebenarnya menunggu peluang yang tepat untuk memintas. Peluang itu sampai di selekoh pertama pada lap terakhir,” jelas Kasma.

Kemenangan ini adalah kemenangan pertama Kasma sejak Disember 2018. Ianya juga merupakan kemenangan pertama Cub Prix bagi Kasma semenjak kepulangannya dari kejuaraan MotoGP.

Walau bagaimanapun, Azroy yang telah mempamerkan prestasi yang konsisten sepanjang minggu ini masih mendahului carta kejuaraan CP150 dengan 103 mata. Pelumba asal Terengganu Ahmad Afif Amran kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 71 mata manakala Mohd Akid Aziz naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 70 mata.

Dalam perkembangan lain, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dan Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team menamatkan perjuangan mereka di Pusingan 5 dan 6 dengan dua kemenangan setiap seorang dalam kategori CP125 dan Wira KBS masing-masing.

Keputusan Pusingan 6
CP150
1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 16’33.906s
2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 16’33.989s
3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 16’37.192s

CP125
1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 13’12.619s
2. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 13’12.759s
3. Mohd Harith Farhan Baharin (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 13’16.066s

WIRA KBS
1. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 10’40.218s
2. Mohd Farid Hakimi Farid Sezli (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 10’40.530s
3. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’48.591s

Previous Post

Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Penonton!

Next Post

Tampil Garang Dan Ditawarkan Dalam Tiga Warna Pilihan

Next Post

Tampil Garang Dan Ditawarkan Dalam Tiga Warna Pilihan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved