Sewaktu Honda memperkenalkan CBR1000RR-R Fireblade SP, ia menyuntik satu era baharu kepada superbike. Pasukan merah ini cuba memadankan prestasi agresif Fireblade yang baharu dengan ciri-ciri ergonomik agar setara dengan penampilannya yang agresif. Namun begitu, kawasan seperti Thailand di mana tiada motor liter, Honda terpaksa mengambil pendekatan yang berbeza.
Kini, CBR150R 2022 peneman kapasiti-kecil Honda kepada platform superbike dengan 215hp. Dilengkapi dengan gaya bodywork dan fascia, CBR entry-level ini mengambil rekaan Fireblade. Di bahagian hadapan, lampu DRL (Daytime Running Light) dipadankan dengan dua lampu utama, sekaligus memberikan 150R lebih gaya yang menawan. Ia juga dilengkapi fairing untuk mengendalikan pengaliran udara dengan baik.
Bagi memberikan nilai estetik yang baharu, pasukan merah ini turut menajamkan lagi keupayaan sportbike ini. Dilengkapi dengan fork USD Showa, bagi pengendalian yang lebih bagus dengan klac slipper baharu, memudahkan transisi gear. Selain itu, kaliper Nissin turut digunakan dia rotor hadapan dan cakera di bahagian belakangnya. Sistem ABS opsyen, lampu brek kecemasan ESS dan lampu belakang LED memberikan amaran kepada penunggang motor sekiranya berlaku brek kecemasan dengan tiba-tiba.
Sistem pemberhentian ini lebih dari cukup untuk mengekang 18hp dan tork 10.6 lb-ft yang dihasilkan oleh penyejuk cecair, DOHC, 149cc tunggal. ABS yang melengkapi CBR150R didatangkan dengan tiga-warna yang diilhamkan dari HRC livery yang ditawarkan sekitar $3,000 USD. Manakala edisi bukan ABS ditawarkan dalam warna merah dan hitam/Hi-Viz yellow dengan harga $2,700 USD.
Mungkin Honda CBR150R 2022 tidak mempunyai prestasi yang boleh membuatkan bulu roma anda tegak berdiri tetapi ia masih mempunyai persamaan yang berbaloi untuk dimiliki. Tak dapat abang, adik pun boleh. Betul tak?
Sumber : rideapart.com