Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lady Biker Berjiwa Kental

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-01-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

BAK kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncangkan dunia’ dan ia tampak benar apabila banyak wanita pada hari ini jelas setanding malah ada juga yang jauh melebihi pencapaian berbanding kaum Adam.

Dalam dunia motosikal umpamanya, lelaki adalah dominan dalam aspek ini. Namun dunia pada hari ini nyata sudah banyak berubah. Pendek kata, siapa yang memiliki keinginan yang tinggi dan kewangan yang kukuh, pasti mampu melakukan apa sahaja.

Seperti ramai wanita di Malaysia hari ini, memiliki motosikal berkuasa besar bukan sekadar satu pelaburan yang sia-sia. Malah ada yang sanggup membayar mahal setanding pemilik motosikal lain semata-mata demi mencari kepuasan untuk menunggang secara maksimum atau menampakkan personaliti lebih bergaya.

Beberapa selebriti wanita di Malaysia seperti pelakon terkenal Erra Fazira, Lisdawati, penyanyi jelita, Fauziah Latif ataupun penghibur radio tanahair, Linda Onn antara wanita berani mencuba jentera dua roda ini. Terdapat juga ikon wanita yang lain, seperti pengembara solo bermotosikal bertaraf dunia, Anita Yusuf, Dira Abu Zahar, Siti Elizad, Kak Nor Lady Bikers (mengambil beberapa contoh) antara wanita kental yang cukup berkemahiran tinggi dengan jentera dua roda ini.

Sebenarnya, bukan sesuatu yang mudah untuk membawa jentera berkuasa tinggi dengan saiz yang besar dan kuasa yang tinggi seperti sebuah jentera superbike. Dari segi ketahanan, kawalan keseimbangan, kos pengendalian yang agak mahal dan komitmen untuk beraksi adalah perkara asas yang perlu diambil kira. Apatah lagi membabitkan seorang penunggang wanita.

Ulang semula…ya, wanita. Siapa kata wanita tidak boleh menunggang jentera berat ini dan kuasa pecutan yang tinggi. Jangan terkejut, jika dahulu pepatah lama ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian, mampu menggegar dunia’ atau tangan yang sama memegang sudu dan kuali di dapur kini sudah mampu mengendalikan jentera dua roda pula.

Personaliti RoadStar kali ini mendekati ibu muda berusia 36 tahun yang memiliki minat yang cukup tinggi terhadap dunia jentera dua roda ini. Malah dengan sokongan suaminya, Kamarul Hisyam, minatnya terus bercambah selepas mendirikan rumah tangga dan sehingga melahirkan zuriat bersama pasangannya.

Di kalangan wanita terutamanya penggiat motosikal tempatan, nama Ayuni Yeop, tidak asing lagi khususnya bagi lady bikers di Malaysia. Sekali pun bertubuh kecil, Ayuni cukup agresif bila berdepan dengan jentera dua roda tanpa mengira saiz jentera itu sendiri.

Ketinggian hanya 152cm dan berat sekadar 53kg bagaimanapun tidak menghalang ibu kepada dua cahaya mata ini untuk terus bergelumang dengan dunia motosikal yang menjadi hobinya sejak di awal remaja lagi. Malah, kekurangan itu sedikit pun tidak melenturkan semangat dalam membataskan pergerakannya membawa apa jua jenis jentera yang diberikan kepadanya.

“Segalanya bermula sejak remaja lagi. Ketika itu, umur saya 9 tahun dan saya masih ingat kenakalan ‘mencuri’ motor atuk dan ayah untuk bersiar-siar di sekitar kampung”.

“Demi keselamatan, saya mula mengambil lesen seawal umur 15 tahun. Dan sejak mendapat lesen ‘agong’ ini, saya mula berjinak dengan motor clutch dan jentera pertama saya bawa adalah model Suzuki RGV,” ujar Ayuni ketika mengimbas kembali detik awal pembabitannya dalam dunia motosikal.

Penglibatan secara serius dalam dunia motosikal overlander bermula pada tahun 2013, di mana sahabat yang dianggap sebagai abang kandung sendiri telah membawanya terjun ke bidang ini. Ketika itu, Ayuni menunggang jentera Kawasaki ER6N. Tidak berapa lama kemudian, dia diracuni sahabatnya dan mula meresap perlahan-lahan lalu menukar motosikalnya itu kepada motosikal jenis Touring BMW F650GS yang dia namakan ‘PAK TUA’.

Sejak dari itu, Ayuni Yeop tidak mampu lagi berhenti dari berterus mengembara dengan motosikalnya dan melihat pelbagai keindahan alam dunia ciptaan Allah SWT.

Langit tidak selalu cerah, sahabatnya itu dijemput Ilahi kerana penyakit kanser. (Al-Fatihah buat arwah Iswandy Ismail atau lebih dikenali dengan nama One D). Setelah pemergian beliau, Ayuni Yeop mula ‘mengayuh’ secara bersendirian atau paling tidak bersama seorang dua kawannya terdekat untuk pengembaraan seluruh pelusuk negara jiran Thailand.

Pada tahun 2017, Ayuni Yeop mula mengenali dengan lebih dekat Cikgu Madie Saad dan Faizal Sukree, yang mana mereka berdua ini telah membuatkan Ayuni Yeop terinspirasi tanpa sengaja kerana mereka telah berjaya mengelilingi dunia dengan bermotosikal. Dan dari detik itu tertanamlah iltizam di dalam dirinya, untuk menjejak langkah mereka berdua di satu masa nanti jika diizinkan Allah SWT.

Disember 2017, Ayuni Yeop mula panjangkan langkah dengan ride ke Segitiga IndoChina bermula dengan Thailand dan seterusnya ke Myanmar dan yang terakhir ke Laos bersama-sama Cikgu Madie dan dua orang lagi rakan yang lain. Alhamdulillah Ayuni Yeop telah berjaya menamatkan misi menawan tiga negara dengan jayanya.

Pada tahun 2018 Ayuni Yeop mula berjinak-jinak dalam dunia offroad bersama-sama Faizal Sukree selaku pembimbingnya dan bermula dari situ minatnya mula bercambah dan sering mempelajari pelbagai teknik dalam mengendalikan motosikal offroad.

Julai 2018, langkah Ayuni semakin panjang dan mula turut serta ke temasya Hari BMW Motorrad bersama Faizal Sukree bertempat di Garmisch. Seterusnya mengikuti jelajah Tour of Europe untuk tempoh lebih kurang 25 jam.

Sekembalinya ke tanah air, Ayuni Yeop dijemput sahabatnya Honda CRF250 Rally Indonesia untuk menyertai event tahunan kelab tersebut dan Ayuni Yeop berbesar hati menerima dengan baik pelawaan sahabat-sahabatnya. Ketika di bumi Indonesia, Ayuni Yeop adalah peserta wanita tunggal dari Malaysia yang menyertai XPDC Hardcore Offroad yang di anjurkan mereka.

Alhamdulillah, Ayuni Yeop boleh lakukan dengan jayanya berkat kata-kata semangat yang tidak pernah putus dari mereka. Kepulangan Ayuni Yeop dari Indonesia membuatkannya bertindak drastik dengan menambah koleksi motosikal sedia ada (BMW GS) dan mula jatuh cinta dengan Honda CRF250 Rally.

Walau bagaimana pun, BMW GS adalah pilihan utama Ayuni Yeop sekiranya berpeluang untuk menjelajah ke destinasi di seluruh dunia. BMW GS yang digelar “PAK TUA” meneruskan perjalanan ke Hamburg untuk misi yang seterusnya.

Apa pun jenis motosikal yang kita kendalikan, paling utama yang ditekankan adalah faktor keselamatan. Sebagai penunggang samada pengalaman atau pun tidak, pemilihan pakaian yang sesuai dan perlindungan anggota badan (riding gear) yang sesuai perlu dipatuhi tidak kira samada perjalanan itu jauh mahupun dekat.

Dan sememangnya Ayuni Yeop sering memegang moto dalam karier permotorannya bahawa setiap roda berpusing tanpa sebarang penamatnya – ‘The Journey Never Ends’.

BMW F650GS
Jentera touring pertama yang dimiliki oleh Ayuni adalah BMW F650GS. Digelar Pak Tua, sehingga kini GS masih kekal dalam jagaannya. Tidak banyak perubahan yang dilakukan. Ayuni sekadar melakukan semburan airbrush pada keseluruhan badan Pak Tua.

 

Selain dari itu, ekzos jenama Akrapovic hanya sekadar slip on sahaja. Keutamaan bagi Ayuni untuk menjaga jentera lama ini adalah disiplin ketika servis, penjagaan minyak hitam, rantai dan beberapa komponen lain yang perlu diberi minyak antikarat untuk lebih melincinkan jentera ini.

Untuk tayar pula, Ayuni lebih selesa menggunakan jenama Metzeler Tourance Next. Pak Tua menyimpan memori paling banyak dalam mengajarnya erti kesabaran dan kerana itu, jentera GS ini antara item dua roda yang paling banyak nilai sentimental bagi diri Ayuni Yeop.

HONDA CRF250 RALLY
Jika jentera BMW F650GS tidak banyak berubah, berbeza dengan jentera Honda CRF250 Rally. Jentera Honda ini adalah jentera kedua Ayuni yang banyak perubahan ketara. Kebetulan Ayuni Yeop adalah anggota ahli kelab Honda CRF250 Rally Indonesia, jadi banyak info yang dapat membantunya mengubah suai motosikal ini.

Bermula dari bracket belakang, engine guard dan sistem ekzos sepenuhnya diubah suai dengan beberapa aksesori tambahan datang dari Syndicate Moto yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Anggaran kos pula melebihi RM2 ribu. Untuk tank bag sahaja, Ayuni dapatkan dari kedai 7Gear juga di ibukota Jakarta. Sangat praktikal untuk kegunaan harian atau hanya ketika touring.

Manakala untuk menambah kuasa serta kestabilan motosikal, Ayuni sering mendapat khidmat nasihat serta pengubahsuaian dari Anjany Racing Speed Shop juga dari Jakarta. Antaranya adalah (1) Suspension ditukar kepada YSS/ohlins. (2) Tyre pakai dual purpose. (3) Sprocket closed ratio ditukar dari 14-40 ke 13-42. Setelah dimodifikasi, cukup je 1500km motosikal wajib diselenggarakan dan digantikan minyak hitam bagi memastikan enjin tetap berkeadaan baik.

Biasanya setelah membuat sedikit perubahan modifikasi terhadap kelajuan Honda CRF250 Rally, jentera Ayuni boleh mencecah 165km/h. Setelah penyelenggaran enjin, perkara mustahak yang perlu diberi perhatian adalah penyerap hentakan dan sistem brek supaya ianya sentiasa mampu melakukan pemberhentian yang terbaik.

Dalam pada itu, Ayuni sering mengingatkan para penunggang wanita agar terus menerus mencuba dan mempelajari sesuatu atas nasihat atau pengalaman anda sendiri.

“Jangan salahkan diri sendiri. Sekiranya fizikal kita kecil, ketinggian kita tidak seberapa…jangan sesekali kita mengalah! Terutamanya buat penunggang wanita. Motosikal walaupun tinggi macam mana sekali pun, Insya-Allah kita mampu membawa asalkan kita tahu teknik-tekniknya.

“Segalanya terletak kepada diri kita sendiri, samada kuat semangat atau tidak. Selagi kita mahu untuk mencuba dan tidak mengalah begitu sahaja, in syaa Allah pasti akan ada jalannya.

“Sekiranya ada penunggang wanita yang kurang keyakinan diri untuk menunggang motosikal yang tinggi.

“Come here…! I will teach u how to handle and control da bike. Jangan segan untuk bertanya… ilmu yang bermanfaat, in syaa Allah, Ayuni Yeop sudi kongsikan bersama,” ujar Ayuni mengakhiri perbualan kami.

Disediakan : Paksu Shidee
Suntingan : Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

CMI Racing, Pilihan Berbaloi Motosikal Anda

Next Post

Beriadah sambil beramal raikan warga Pusat Jagaan Mahmudah

Next Post

Beriadah sambil beramal raikan warga Pusat Jagaan Mahmudah

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved