Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Benelli TNT25N, Tag Harga RM12,998

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-04-07
in BULETIN, UTAMA
0

Benelli Malaysia memperkenalkan model siri TNT terkini iaitu TNT25N untuk pasaran tempatan dengan tiga warna pilihan; Power Black, Strength Red dan Golden Yellow. Benelli TNT25N dihasilkan khas untuk para peminat motosikal yang inginkan sebuah jentera naked dan ranggi serta dalam masa yang sama cukup mudah untuk dikendalikan tetapi berkuasa ketika meluncur di atas jalan raya.

TNT25N ini dipadankan dengan enjin silinder tunggal, DOHC, 249cc, penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 25.5Hp pada 9,250rpm dan tork setinggi 21.2Nm pada 8,000rpm.
Model dalam segmen naked ini turut dilengkapi dengan lampu utama yang terang dan lampu penunjuk arah LED, panel meter digital. Manakala pada bahagian brek, ia menggunakan cakera tunggal bersaiz 260 mm di hadapan dan cakera tunggal 240 mm pada brek belakang.

Apa yang menjamin perjalanan yang lancar sepanjang menunggang adalah fork terbalik pada suspensi hadapan manakala di bahagian belakang, jenis suspensi digunakan adalah penyerap kejutan tunggal yang menawarkan redaman yang lebih baik dan lebih tepat, menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.

Benelli TNT25N kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce seluruh Malaysia dengan harga jualan asas, RM12,998.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Dengan pembelian motosikal ini, anda boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (atau yang mana hadir terlebih dahulu).

Untuk rekod, sejak dari penubuhannya pada tahun 1911, jenama Benelli adalah secara Pure Passion. Jenama Benelli merupakan jenama yang berkualiti, berkuasa, berteknologi tinggi dan merupakan legenda dalam segi reka bentuk di negara Itali.

SPESIFIKASI TEKNIKAL
Jenis Enjin Silinder Tunggal, 4-lejang, 4 Injap, DOHC
Gerek & Lejang (mm) 72.7 x 61.2
Sesaran (cc) 249cc
Kuasa Maksimum 25.5Hp pada 9,250rpm
Tork Maksimum 21.2Nm pada 8,000rpm
Sistem Penyejuk Penyejukan Cecair
Nisbah Mampatan 11.2:1
Gear 6-kelajuan
Sistem Pelinciran Pelincir Daya
Jenis Klac Basah, Cakera Berbilang
Sistem Bahan Api Suntikan Bahan Api Elektronik
Sistem Penghidup Elektrik
Sistem Pencucuh TLI
Suspensi Hadapan Fork Terbalik
Suspensi Belakang Penyerap Henjutan Tunggal
Brek Hadapan Cakera Tunggal, 260mm
Brek Belakang Cakera Tunggal, 240mm
Tayar Hadapan 100/80-17
Tayar Belakang 130/70-17
Panjang Keseluruhan 2,050mm
Lebar Keseluruhan 610mm
Tinggi Keseluruhan 1,065mm
Tinggi Pelana 780mm
Jarak Roda 1,365mm
Kelegaan Tanah 170mm
Berat 155kg

Kapasiti Bahan Api 13.5 L
Bateri 12V8Ah

Previous Post

Bakal Muncul Di Bangkok Motor Show, Raikan Ulang tahun ke-100 Disney

Next Post

Jenama Baharu Dari China, Sedia Untuk Saingi Triumph Di Pasaran

Next Post

Jenama Baharu Dari China, Sedia Untuk Saingi Triumph Di Pasaran

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved