Ditubuhkan oleh pasangan adik beradik Walt dan Roy Disney pada 16 Oktober 1923 dengan menubuhkan Disney Brothers Cartoon Studio. Dari Mickey Mouse hingga Marvel, dari Cinderella ke Star Wars, House of Mouse telah ‘membentuk’ semula industri hiburan sejak 100 tahun yang lalu. Bagi memperingatinya, Walt Disney Company menganjurkan acara istimewa diikuti pameran-pameran sepanjang tahun ini.
Sebagai tambahan untuk memeriahkan lagi sambutan ini, studio tersebut telah bekerjasama dengan Honda dan juga Cub House Thailand untuk mempersembahkan Super Cub C125 Disney Limited Edition di Bangkok Motor Show 2023. Dipasarkan menerusi kempen ikonik Big Red iaitu “You Meet The Nicest People On A Honda, motor kapcai ini merupakan ‘pasangan’ ideal untuk Mouse.
Cub House merealiasikan impian ini untuk membawanya ke satu tahap lebih tinggi. Dilengkapi dengan cat satin hitam bersama komponen-komponen krom, Super Cub edisi istimewa ini sangat mencuri perhatian. Tempat duduk berwarna merah seakan menonjol menerusi warna monokromatik. Manakala logo Disney 100 turut diletakkan di atas penutup di bahagian sisi.
Penambahan selebihnya datang dari emblem Mickey Mouse di bahagian kerangka underbone. Di bahagian hadapan, Honda meletakkan plat nama Super Cub dengan logo Mickey di bahagian sisi. Team Red dan Cub House menawarkan hanya 100 unit C125 Disney Edition di mana setiap satunya diletakkan lencana bersiri.
Selain itu, Super Cub 100 tahun ini turut didatangkan dengan jaket. Peminat tegar Disney juga mendapatkan set C125 Disney metal istimewa Mickey Mouse. Walt Disney Company selamanya akan diingati sebagai ‘trendsetter’ dan perubahan dalam industri hiburan secara global. Super Cub C125 Limited Edition ini pula diraikan mengikut gaya klasik Disney.
Sumber : Rideapart