Hasil mengumpul duit syiling selama lima tahun, seorang wanita di Indonesia berjaya membeli sebuah motosikal menggunakan wang tersebut seperti dilaporkan oleh portal Suara.com. Menerusi perkongsian video di TikTok, seorang wanita dilihat membawa duit syiling yang begitu banyak di sebuah kedai motosikal.
Bagi memudahkan pengiraan, wanita tersebut terlebih dahulu telah menyusun dan membungkus kesemua duit syiling yang dibawanya. Dia turut dibantu oleh beberapa pekerja kedai yang mengeluarkan serta mengira duit untuk dikira.
Menerusi rakaman video itu, wanita tersebut dipercayai ingin membeli motosikal jenis Honda Scoopy yang berharga 19.7 juta Rupiah (RM5,675)
Sumber : Kosmo