Saat-saat yang ditunggukan sudah tiba. KTM 1290 Super Adventure S tahun 2022 akhirnya dilancarkan di Malaysia.
KTM mahu kekal di hadapan daripada segi motosikal “adventure” (kembara) yang paling maju dengan model terbaharu ini. Jika model 1290 Super Adventure S sebelum ini sudah sangat maju di segi teknologi, model 2022 ini ternyata lebih maju lagi dan menjadikannya model adventure yang paling berteknologi tinggi di dalam kelasnya.Model tahun 2022 terdiri daripada 90% bahagian baharu. Antaranya:
– Kedudukan penunggang yang diperhalusi melalui rekabentuk tangki, pelana duduk yang lebih rendah, serta lengan ayun yang lebih panjang.
– Cesi baharunya termasuk kerangka yang lebih pendek, kerangka bahagian belakang (subframe) baharu, serta lengan ayun baharu tersebut.
– Suspensi separa-aktik elektronik generasi baharu dapat bertindakbalas dengan lebih cepat serta memberikan lebih banyak kemudahan larasan.
– Pembahagian berat motosikal yang lebih baik untuk meningkatkan pengendalian serta keselesaan.
– Perisian elektronik generasi baharu yang termasuk Kawalan Jelajah Aktif (Active Cruise Control) serta ciri Kawalan Cengkaman (Motorcycle Traction Control) yang dipertingkatkan.
– Skrin TFT 7-inci yang baharu, yang dikawal oleh set-set suis-suis baharu.
Selain daripada ciri-ciri yang tertera di atas, model baharu ini juga meletakkan sebahagian tangki petrolnya di sisi bahagian bawah enjin bagi memberikan lebih banyak kesimbangan dan kestabilan. Ciri ini mula dimulakan pada model KTM 790 Adventure. Selain daripada itu, penggunaan kerangka belakang yang baharu itu memberikan ruang simpanan barang yang besar di bawah pelana duduk pembonceng.
Model KTM 1290 Super Adventure S ini boleh ditempah di pengedar-pengedar KTM Malaysia yang sah mulai sekarang. Harganya bermula daripada RM 132,000 (harga jualan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan sebagainya).