Sejak pembinaannya pada tahun 2021, perlumbaan motosikal berprestij ARRC bakal diadakan di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika pada 11 hingga 13 Ogos 2023. Dengan ketibaan ARRC di litar ini, secara tidak langsung mampu menarik para peminat perlumbaan motosikal dan menjadikan ia sebagai pusat aktiviti sukan permotoran. Dalam masa yang sama, memperkukuhkan lagi nama Indonesia di mata dunia.
Menurut Pengarah Operasi Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC), Troy Reza Warokka berkata bahawa mereka sangat berbesar hati dengan kedatangan siri perlumbaan motosikal paling disegani di rantau Asia ini. Ia juga menjadi komitmen berterusan dari pihak ITDC dan MGPA untuk menyuburkan kecintaan terhadap sukan permotoran dalam kalangan peminat dunia motor.
Mengulas tentang pengumuman ini, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. (TWMR), Ron Hogg berkata bahawa pihak ARRC turut berasa teruja dengan kembalinya Indonesia dalam siri perlumbaan ini setelah perlumbaan terakhir di Litar Antarabangsa Sentuk pada tahun 2018. Tambahan pula, ARRC sentiasa dekat di hati para peminat yang mahukan sukan ini beraksi di Indonesia.
Terdapat para peminat turut memuji barisan pelumba Indonesia yang beraksi cemerlang dalam semua kelas yang dipertandingkan. Sejak perasmian Litar Antarabangangsa Pertamina Mandalika, terdapat pelbagai permintaan agar ARRC turut didakan di litar ini. Ekorang pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, permintaan ini tidak mampu dipenuhkan.