Aveta Malaysia pengedar bagi jenama motosikal Aveta melancarkan jentera sportbike – Aveta VZR250 sekali gus memberi penawaran bagi peminat motosikal tempatan. Hadir dengan rekaan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna muda dan pertengahan, Aveta VZR250 dilihat agak sporti ditambah dengan rekaan yang agak moden. Pilihan warna yang ditawarkan pula adalah variasi segar dengan tiga pilihan warna iaitu Jet Black, Fire Bird Red dan Air Force Blue.
Dilancarkan di Subang Jaya, Aveta VZR250 yang menggunakan enjin bersesaran 249.5cc, satu silinder, empat lejang, penyejukan cecair dan suntikan bahan api dipadankan dengan transmisi 6 Kelajuan klac manual serta dipadankan dengan ‘slipper clutch’ pada jentera tersebut.
Menurut pihak Aveta Malaysia, jentera sportbike terbaharu yang dikeluarkan oleh Aveta, mampu menghamburkan kuasa pada 25.4HP pada 9,000rpm dan tork 21Nm pada 7,000rpm dan mempunyai piawaian EEV (kecekapan tenaga) sekali gus menjadi motosikal ini cukup ekonomi dari kos bahan api.
Pada bahagian suspensi, Aveta VZR250 menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentakan tunggal di bahagian belakang. Untuk sistem pemberhentian pula, Aveta VZR250 menggunakan sistem CBS (Sistem Brek Kombo). Sistem ini menyaksikan cakera berkembar di bahagian depan dengan penyediaan 4 piston dan cakera tunggal 2 piston di bahagian belakang.
Beberapa ciri-ciri menarik yang terdapat pada model Aveta VZR250 mampu merangsang minat pembeli antaranya panel meter dengan gabungan analog dan digital LCD, sistem lampu LED sepenuhnya termasukan pemasangan lampu siang (DRL). Tangki bahan api pula berkapasiti 14 liter, ketinggian pelana tempat duduk 780 mm memudahkan penunggang untuk membawa tanpa sebarang masalah sambil jarak kelegaan bumi 180mm dan berat jentera ini sekitar 180kg sahaja.
Bagi mereka yang berminat dengan jentera dalam segmen sportbike Aveta VZR250, ia akan berada di kedai-kedai motosikal di seluruh negara bermula hari ini dan harga yang ditawarkan cukup menari, iaitu RM14,998 (tidak termasuk perlindungan insuran dan cukai jalan).
Spesifikasi Aveta VZR250
Enjin : 4 Lejang, DOHC Penyejukan Cecair
Susunan Silinder : Silinder Tunggal
Jenis Trasmisi : 6 kelajuan
Compression Ratio : 11:1
Kuasa Maksimum : 19Kw @ 9000rpm
Tork Maksimum : 21Nm @ 7000rpm
Jenis Klac : Multiplat, Slipper Clutch
Sistem Bahan Api : Suntikan Bahan Api (EFI)
Tayar Depan : 110/70-17
Tayar Belakang : 150/70-17
Berat Bersih : 186kg
Panjang Keseluruhan : 2050mm
Lebar Keseluruhan : 720mm
Tinggi Keseluruhan : 1155mm
Jarak Roda : 1442mm