Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Wajah Baru Suzuki GS 25T

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kewujudan media sosial telah banyak membantu generasi hari ini. Perhubungan dengan dunia luar dari segi pelbagai urusan menjadi mudah dan pantas. Terpulang kepada individu, bagaimana menggunakan kemudahan sedia ada. Bagi peminat dunia 2 roda hari ini, media sosial banyak membantu baik dari segi pengetahuan model terkini dan juga sebelumnya. Perkongsian pengalaman, teknologi serta pelbagai kisah berkaitan permotoran boleh ditemukan melalui laman-laman sesawang. Menerusi penerokaan yang berhubungkait dengan dunia permotoran maka impian mampu menjadi kenyataan seperti dikongsi anak muda yang menghasilkan ilhamnya menerusi media sosial.

Sebagai seorang pereka bentuk dalaman, sudah tentunya memerlukan pelbagai idea bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam mendekorasi kediaman mahupun pejabat. Kecantikan, kesenian serta penghayatan suasana merupakan gabungan elemen yang membuahkan hasil kerja terbaik. Anugerah Tuhan kepada beliau dengan segala kepakaran tersebut, maka segalanya cuba diadaptasikan pula ke atas jentera 2 roda yang berusia hampir 30 tahun.

Mohamad Yazid Mohamad Yatim, anak jati Negeri Kedah merupakan seorang bikers tegar, lutut masih lagi tertanam besi bagi menyokong pergerakan harian tapi tidak sedikit pun mengenal erti serik atau mengundurkan diri. Hingga hari ini motosikal merupakan kenderaan utama beliau untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Alasannya, ia adalah kenderaan yang paling cepat, menjimatkan masa dan paling penting ekonomi. Bagi beliau, motosikal ini ada pelbagai model dan keunikan tersendiri. Pengalaman selama lebih dari 10 tahun menunggang motor membuatkan Mohamad Yazid membuat kajian secara terperinci mengenai dunia retro dan pelbagai model motor kustom telah ditontonnya.

Menyingkap kisah silamnya, beliau mula berjinak dengan dua roda setelah mendapat lesen. Honda EX 5 merupakan motosikal yang mula-mula dimiliki dan ditunggangnya. Manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki, begitu juga dengan Mohamad Yazid. Keinginan merasa kelainan dari segi tunggangan dan kuasa enjin membuatkan beliau memilih Vespa Super dan skuter ini telah mendapat tempat di hati beliau. Antara siri skuter yang pernah dimiliki ialah VS 125 dan Gilera 200.

Tahun 2009 merupakan detik perubahan secara menyeluruh. Segala dipelajari dan perkongsian idea sesama teman di laman sesawang permotoran telah menyuntik semangat beliau untuk memiliki dan mengubahsuai motosikal mengikut citarasa sendiri. Langkah awalnya, membeli sebuah motosikal Suzuki GS 25T di Rawang, Selangor.

“Sebenarnya kalau tengok pada motor tu masa mula-mula beli, memang tak lulus. Sakit jugak kepala pikiaq (fikir) lagu mana nak bagi motor ni comel”, luahan Mohamad Yazid dalam pekat loghat utaranya.

Bermodalkan RM 1, 500 Suzuki GS 25T keluaran tahun 82 dan 83 menjadi miliknya. Solekan terhadap motosikal tersebut bermula di bengkel Mad Disc Motor yang terletak di Alor Setar, sebuah bengkel motosikal yang pemiliknya juga merupakan peminat tegar motosikal retro.

Hampir sebulan masa diambil untuk menyiapkan motosikal tersebut. Hasil rujukan dari pelbagai laman sesawang berkaitan motosikal retro di luar negara banyak membantu beliau dalam menyiapkan jentera retro tersebut. Hampir 90 peratus motosikal itu dikustomkan. Ekzos jenama SR, lampu depan Suzuki A 100 telah dipasang, meter, handle bar, mudguard yang dikustom, fork depan dan absorber belakang, rim depan dan belakang alloy bersaiz 18 inci. Tayar depan mengunakan saiz 400/18 dan tayar belakang pula bersaiz 450/18. Tayar jenama Firestone telah mendapat tempat di hati beliau bagi menyerikan lagi motosikalnya. Demi cengkaman dan kuasa berhenti yang jitu, beliau memasang brek kaliper Kawasaki ZZR 250 di depan dan brek kaliper Honda NSR 250 di belakang.

Keupayaan enjin juga memainkan peranan penting kepada sebuah motosikal. Bagi Mohamad Yazid, tidak semestinya sentuhan bahagian enjin adalah untuk kelajuan. Memadai dengan usia jentera dan ianya sekadar membantu kelicinan perjalanan sewaktu menunggang. Enjin yang dijaga adalah enjin yang tidak akan meragam di tengah jalan. Itu prinsip anak muda yang nampak tegas tetapi berjiwa halus. Memang tepat kata-kata beliau, hanya Kaburetor jenama UMA yang dipasang bagi menggantikan kaburetor asal tetapi pujian harus diberikan kepada beliau. Kulit enjin ketara begitu kemas dan tampak seperti motor baru. Pelana atau seat juga dikustomkannya. Tangki minyak telah digantikan dengan tangki minyak Honda CG 125 yang dikustom. Sebagai seorang penunggang yang patuh kepada undang-undang jalanraya, beliau telah memasang lampu isyarat yang cukup unik. Cermin sisi pandang belakang turut dikustomkan mengikut citarasa sendiri. Ringkas dan anggun, hampir RM 12 ribu telah dibelanjakan agar impian jadi kenyataan.

“Sekarang biarlah ia menjadi rahsia dan penuh dengan tanda tanya.” Demikian jawapan diberikan kepada kami bila diajukan soalan tentang niat untuk menukar motor. Selagi panjang umur, selagi itu minat terhadap motosikal tetap ada, prinsip anak muda dari Kedah yang berjaya memenuhi cita-cita dan memanfaatkan segala kemudahan yang ada pada hari ini demi satu kepuasan. Semoga kejayaan beliau menjadi contoh kepada peminat dua roda yang lain.

Previous Post

Arkib : Suzuki T-500, Unik dan Klasik

Next Post

Gabungan Kelab Bikers Wanita @ JIBW 2019

Next Post

Gabungan Kelab Bikers Wanita @ JIBW 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved