Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : Suzuki T-500, Unik dan Klasik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lanskap pengubahsuaian motosikal klasik berubah secara drastik. Pendedahan menerusi laman maya, buku dan majalah tempatan serta luar negara telah menetapkan hobi ubahsuai motosikal setanding dengan kegilaan golongan kereta. Faktor ini juga didorong oleh berkembangnya industri dari kemahiran mekanik di bengkel sehingga ke penghasilan peralatan compatible yang boleh digunakan pada model-model lama yang sudah tentu mustahil untuk mendapatkan alatganti tulen di pasaran.

Suzuki T-500, spesis aneh yang mungkin tinggal beberapa buah sahaja yang masih sihat bergerak di jalanraya. Motosikal pasca merdeka ini adalah antara motosikal berkuasa tinggi yang dianggap mewah pada zamannya. Era 60-an sebenarnya merupakan zaman di mana Suzuki mendahului pesaingnya dalam menyaksikan populariti motosikal ‘besar’ menakluki negara Amerika Syarikat. T-500 yang dipulih oleh Encik Asan Omar ini adalah sisa peninggalan sejarah yang perlu dimartabatkan semula dalam era moden ini.

Pada usia di pertengahan abad, Encik Asan bukanlah seorang yang gila motor sejak remaja. Segalanya bermula beberapa tahun lepas selepas melihat Suzuki ini untuk dijual oleh seorang kenalannya. Dari seorang yang hanya memiliki lesen B2, Encik Asan merasakan sudah tiba untuk beliau mempunyai hobi yang mampu dapat memenuhi masa lapang dan ianya bermula dengan Suzuki T-500 ini. Dalam diam, perkenalannya dengan beberapa orang teman di pameran motosikal telah membuahkan rasa cinta mendalam untuk terus menceburkan diri dalam arena modifikasi. Tidak mengambil masa yang lama, kejuaraan kecil yang dikutip terus menyuntik semangatnya untuk meneruskan hobi masa lapang tersebut.

Motosikal 2 silinder 2 lejang ini boleh dianggap ‘pelesit’ di zamannya. Tiada yang seumpamanya pernah dibina dan kesukaran mendapatkan alatganti asalnya menyebabkan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepakaran mekanik untuk memulihkan semula prestasi enjin dengan gandingan peralatan berlainan. Enjin sejukan udara ini telah menjalani proses overhauled penuh dengan kemasukan sistem karburetor baru yang diubahsuai dari model lain. Lebih sebulan selepas itu, semua peralatan pakai-lusuh telah digantikan dan enjin ini dapat mengekstrak kuasa paling hampir dengan spesifikasi kilangnya.

Konsep enjin 2 lejang memang mudah dan ringkas lantas proses memulihkannya tidak begitu sukar asalkan ia dibuat oleh tangan yang pakar. Selepas pulih, kerangka badan diperkukuhkan semula dengan anti karat dan diwarnakan dengan layar hitam. Bahagian blok enjin dikikis hingga menampakkan struktur besi sementara ‘kulit’ enjin dicelup dengan krom. Sistem ekzo lama yang mereput digantikan dengan buatan custom dengan celupan krom yang bersinar.

Rim depan dan belakang, sistem gantungan depan, mudguard depan dan belakang, bar hendal dan kelongsong lampu belakang telah dipulih semula dengan tema krom. Kerusi lama digantikan dengan unit baru dan dibalut kulit hitam dan bahagian tangki serta penghadang sisi diwarnakan dengan warna kuning, selaras dengan warna kilang yang dibuat oleh kilang Suzuki pada tahun 1968 dulu. Setelah siap, tayar lama digantikan dengan tayar Dunlop TT100 buatan Jepun depan dan belakang.

Bahagian-bahagian kecil seperti pam brek depan dipulihkan semula mengikut spesifikasi asal. Beberapa aspek motosikal ini sebenarnya dicipta mendahului zamannya, misalnya angkup brek berkembar di depan yang hanya terdapat pada motosikal selinder V pada zamannya. Bacaan meter dengan tolok sukat batu per jam serta kilometer catatan maksimum ialah 240km/j.

Jadi berapakah pecutan maksimanya? Saya tidak tahu tapi saya percaya, ia mampu memalukan sesetengah 4 lejang dalam jumlah cc yang sama. Sebenarnya motosikal 2 lejang pada kapasiti enjin sebesar ini boleh dianugerahkan dengan gelaran roket!

Previous Post

Mini Gathering RS 150R

Next Post

Arkib : Wajah Baru Suzuki GS 25T

Next Post

Arkib : Wajah Baru Suzuki GS 25T

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved