Walaupun hanya melibatkan 6 buah motosikal, namun aktiviti ride kali ini tetap berjalan dengan cukup meriah dan perjalanannya pula agak mencabar fizikal dan juga mental para peserta. Ia merupakan kesinambungan siri ride moped yang pernah diadakan sebelum ini. Terdahulu, destinasi yang dipilih adalah negeri Pulau Pinang dan kali ini Cameron Highlands pula menjadi pilihan.
Sepertimana yang sedia maklum, perjalanan menuju ke Cameron Highlands amat berliku dan para penunggang motor harus lebih berhati-hati. Manakala lokasi yang menjadi tujuan utama ride ini adalah di tebing yang curam dan naik menikmati keindahan suasana diikuti cuaca sejuk dan nyaman tempat yang sering menjadi pilihan para pelancong sama ada dalam dan luar negara.
Sepanjang perjalanan, cuaca sangat baik dari mula sehingga ke petang. Dalam perjalanan pulang, para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan bersama pemilik Route 185 iaitu Along Mirage sebelum sampai ke lokasi bergambar di tebing curam. Mengikut perancangan, siri ride moped ini akan diadakan ke Genting pula. Semoga segala urusan dipermudahkan dan perancangan untuk ride ke Genting diadakan sedikit hari lagi.