Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aprilia Tuono Bawa Semangat Lumba

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-26
in UTAMA
0

Dalam banyak jenama motosikal yang terdapat di Malaysia, Aprilia tidak terletak dalam golongan yang popular dan kurang menonjol. Apa yang pasti, ia bukan kerana motosikal yang dihasilkan tetapi mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Syarikat yang berasal dari Itali ini mempunyai sejarah panjang dalam dunia permotoran, khususnya perlumbaan. Semua kepakaran dan pengalaman yang ditimba itu kemudian digunakan dalam pembangunan motosikal yang ditawarkan kepada orang ramai.

Apabila menyebut tentang jentera lumba, sudah tentu aspek paling penting adalah prestasi tanpa kompromi. Model umum paling canggih yang pernah dihasilkan oleh Aprilia ialah RSV4. Sementara itu, model Tuono V4R pula dibangunkan dengan enjin dan teknologi yang sama. Cuma reka bentuk luarannya sahaja yang berbeza. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi komponen bahagian hadapan yang lebih rendah dan terbuka. Gaya ini digelar sebagai ‘naked’.

Sebenarnya, motosikal ini nampak pelik sedikit kerana bahagian hadapannya yang unik. Namun, harus tahu bahawa di sebalik kelainan itu, ia sebenarnya sebuah motosikal yang penuh dengan ciri jentera lumba. Sebaik sahaja enjinnya dihidupkan, perkara ini boleh diketahui terus, kerana ia mengeluarkan bunyi menggelegak dan ibarat memanggil penunggangnya untuk mengerah tenaga yang ada. Itu hanya bunyi yang keluar dari ekzos asal. Jika menggunakan ekzos prestasi, pasti lebih garang.

Sebelum memulakan perjalanan, sedikit masa diperlukan untuk meneliti ciri yang ada. Paling utama adalah ciri Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang merangkumi sistem Kawalan Cengkaman Aprilia (ATC), Kawalan “wheelie’ Aprilia (AWC) dan Aprilia Quick Shift. Semua ciri ini boleh dilaras dalam beberapa tahap. Lapan tahap ATC boleh dikawal dengan mudah termasuk ketika bergerak dengan kawalan butang + dan – yang terdapat pada bahagian kiri pemegang. Sementara AWC memerlukan pengguna masuk ke dalam aturan untuk melaras tiga tahap yang ada.

Dengan sistem ATC pada tahap ketiga dan AWC di tahap kedua, bahagian hadapan masih lagi boleh terangkat, tetapi ia dikawal supaya menjadi tidak terlalu tinggi. Pecutan yang dihasilkan Tuono V4R sememangnya menakjubkan dan penunggang pastinya perlu berpegang sehabis kuat pada hendal. Cuma, disebabkan ia merupakan sebuah motosikal naked, rintangan angin agak kuat, memerlukan penunggang tunduk sehabis mungkin jika ingin mencecah kelajuan tinggi tanpa terlalu menyeksa diri.

Aprilia Tuono V4R memang mengghairahkan. Tambahan pula, motosikal ini boleh dibawa berseronok di selekoh. Dengan mudah, Tuono boleh dibawa ‘menari’ melalui selekoh yang berturut-turut kerana badannya ringan dan mudah untuk dibaringkan. Ini adalah antara kelebihan yang didapati melalui penggunaan kerangka badan aluminiumnya.

Selain itu, sistem suspensi juga banyak membantu, memberikan cengkaman meyakinkan. Pada bahagian hadapan, fork Sachs terbalik 43mm digunakan. Manakala bahagian belakang pula monoshock Sachs melekat pada lengan ayun aluminium. Suspensi belakang ini boleh dilaras secara mudah dengan menggunakan pemutar skru supaya bersesuaian dengan berat badan penunggang.

Aprilia Tuono V4R turut dilengkapi sistem brek ABS yang boleh dilaras pada tiga tahap serta pilihan mod tunggangan Track, Sport dan Rain. Dengan semua ciri-ciri canggih ini, Tuono V4R membuktikan Aprilia tidak pernah ketinggalan. Dalam aspek tertentu, ia malah dapat mengatasi model popular lain.

Aprilia Tuono V4R
Spesifikasi
Enjin : V4 999.6cc, 4 injap setiap silinder, engkol Monobloc
Transmisi : Enam kelajuan manual
Kuasa maksimum : 167.3hp @ 11,500rpm
Tork maksimum : 111.5Nm @9,500rpm
Brek : Cakera terapung 320mm berkembar dan angkup Brembo di hadapan, cakera 220mm dan angkup Brembo di belakang

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 4

Previous Post

AMB 001 Kerjasama Brough Superior dan Aston Martin, Lakar Sejarah Baharu

Next Post

Raksasa jalanan KTM

Next Post

Raksasa jalanan KTM

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved