Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

AMB 001 Kerjasama Brough Superior dan Aston Martin, Lakar Sejarah Baharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-26
in UTAMA
0

Di United Kingdom ada banyak jenama automotif yang berada di dalam lipatan sejarah. Ada yang dihidupkan kembali untuk dinikmati generasi baharu sebagai contoh Brough Superior Motorcycles. Syarikat ini diasaskan di Nottingham, England pada 1919 oleh George Brough. Motosikal yang dikeluarkan berada pada liga tersendiri, berkualiti tinggi, laju, mahal dan rare.

Episod motosikal ini berakhir apabila kilang pengeluarannya digunakan untuk pembekalan perang dunia kedua.
Brough Superior dilancarkan semula dan pada 2013 model baharu Brough Superior SS100 diperkenalkan di EICMA. Model asal motosikal ini pernah dikeluarkan dari 1924 hingga 1940 dalam jumlah ratusan unit sahaja. Hari ini Brough Superior mempunyai tiga motosikal moden klasik mewah dan dipasang dengan tangan di Toulouse, Perancis dan dieksport ke serata dunia.

Terbaharu Brough Superior dan pengeluar kereta mewah Aston Martin tampil dengan projek kerjasama yang istimewa seterusnya melakar sejarah baharu. Projek yang dimaksudkan ialah motosikal AMB 001 oleh Aston Martin dan Brough Superior dengan konsep luar biasa. Projek ini berjalan dengan baik, AMB 001 telah dibawa ke litar Pau-Arnos di Perancis baru-baru ini untuk ujian sebagai permulaan program ujian komprehensif.

Apa yang luar biasa tentang motosikal ini? Ia direkabentuk dan direkayasa (engineered) untuk litar dan hanya 100 unit sahaja dikeluarkan dengan penghantaran pertama pada hujung 2020. Ini sebenarnya motosikal pertama Aston Martin dan dihasilkan dengan kerjasama Brough Superior. Teknologi yang digunakan juga hebat. AMB 001 menggunakan enjin V berkembar bernadikan turbo dengan output 180 hp! Pakej turbo turut merangkumi intercooler dengan komponen lain yang menyerlahkan ciri luar biasa motosikal ini.

Tidak banyak maklumat teknikal mengenai motosikal ini dan mengikut perancangan, pengeluaran AMB 001 dijadual bermula di kilang Brough Superior pada musim luruh atau di antara September hingga Disember 2020. Berkenaan harga, AMB 001 merupakan model istimewa dari jenama mewah Aston Martin dengan harga yang disyorkan (MSRP) ialah 108,000.00 EUR atau bersamaan RM518,405 termasuk 20 peratus VAT.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Langgar Lari; Pemandu Van Seret Superbike Di Lebuh Raya

Next Post

Aprilia Tuono Bawa Semangat Lumba

Next Post

Aprilia Tuono Bawa Semangat Lumba

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved