Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Raksasa jalanan KTM

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam pasaran motosikal, terdapat pelbagai genre yang boleh dipilih. Bagi mereka yang gilakan kuasa dan prestasi maksimum, sudah tentu keputusan untuk memiliki sebuah motosikal tertumpu kepada jenis sport dan naked. Di antara kedua genre ini, ia tidak mempunyai banyak perbezaan kecuali gaya badannya sahaja. Khususnya penghadang angin hadapan atau lebih dikenali sebagai ‘fairing’. Sementara enjin dan bahagian penting lain pula hampir seperti jentera lumba sifatnya.

Samalah seperti KTM SuperDuke R 1290 ini. Jenama KTM yang berasal dari Austria pada awalnya lebih terkenal dengan jentera ‘offroad’. Namun, semakin lama ia bertapak dalam industri, pelbagai model lain telah dibangunkan. Model jalanan (street) KTM semakin diterima ramai dan boleh dilihat melalui catatan jualan model genre tersebut yang menyumbang lebih daripada separuh jualan keseluruhan motosikal KTM.

Melihat kepada kecenderungan pengguna, KTM terus membina motosikal terbaik seperti SuperDuke R 1290 ini. Ia bukan sekadar sebuah motosikal serba baru, malah disasarkan untuk menakutkan pesaing jenama lain berdasarkan teknologi dan prestasinya.

Lambakan kuasa pada motosikal naked
KTM mahu menghasilkan sebuah motosikal yang lebih menggerunkan. Maka, keputusan untuk menggunakan asas daripada enjin motosikal KTM RC8R 1,190cc diambil. Disebabkan enjin ini sudah terbukti mempunyai kuasa yang menakjubkan, jurutera KTM lebih fokus kepada aspek penyampaian tork dan penggunaan kuasa enjin secara optimum.

Langkah utama yang diambil adalah dengan membesarkan bahagian liang (bore) 3mm, manakala lejang dipanjangkan sebanyak 2mm demi menjadikan kapasitinya 1,301cc. Super Duke R 1290 ini dirujuk sebagai ‘The Beast’ (haiwan liar). Antara perkataan yang sering keluar adalah ekstrem, kuasa tanpa batasan dan radikal. Ini menunjukkan jentera ini bukan main-main.

Pengalaman di litar
Super Duke R 1290 mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain. Sesuai dengan keadaan di litar dan masa yang terhad, mod Sport digunakan. Walaupun masih melibatkan sistem Kawalan Cengkaman (TC), respon enjinnya lebih agresif dan menawarkan kuasa maksimum. Brek ABS juga diaktifkan pada kedua-dua tayar.

Kuasa tarikan yang dihasilkan jentera ini menakjubkan. Setiap kali memulas pendikitnya, motosikal ini menujah ke hadapan dengan pantas dan hendal perlu dipegang dengan kemas. Kuasa ini boleh dinikmati penunggang sehingga tahap 10,500rpm. Kali terakhir saya lihat bahagian meter sebelum tiba waktu membrek untuk mengambil selekoh, kelajuan sudah mencecah 250km/j.

Pada kelajuan ini, ia agak menggerunkan kerana motosikal ini tidak mempunyai penghadang hadapan (naked, tanpa fairing). Sementara rintangan angin agak kuat, sekali gus memberi tekanan kepada penunggang walaupun menunduk sehingga melekat pada bahagian tangkinya. Semasa memperlahankan motosikal dan menurunkan gear satu persatu, penulis mendapati ia dapat dilakukan dengan lancar dan tayar belakang tidak ‘melompat-lompat’ walaupun membrek kuat.

Keluar dari selekoh, penunggang harus berhati-hati mengawal pendikit kerana selain enijnnya agak berkuasa dan penuh tork, sistem ‘Drive-By-Wire’ yang digunakan juga agak sensitif. Dengan sistem TC masih lagi aktif, tayar belakang boleh menggelongsor sedikit sebaik diberikan kuasa. Jika dipulas habis, tayar hadapan juga boleh terangkat tetapi cuma sedikit.

Ciri keselamatan tambahan
Untuk penunggang yang lebih berpengalaman, sistem TC dan brek ABS boleh ditutup terus untuk kepuasan maksimum. Satu lagi tetapan pilihan yang disediakan untuk brek ABS adalah ‘Supermoto’, di mana brek ABS hanya diguna pada tayar hadapan, membolehkan bahagian belakang menggelongsor. Memasuki selekoh 1 dan 2 yang pendek dan berlawanan arah, Super Duke R 1290 mudah dikawal berdasarkan badan yang ringan. Pada selekoh yang lebih panjang dan laju juga, ia kekal stabil walaupun berada condong.

Super Duke R 1290 juga didatangkan dengan pilihan pelbagai aksesori ‘Powerparts’ oleh KTM termasuk ekzos ‘Akrapovic’, barangan gentian karbon dan banyak lagi.

KTM Super Duke R 1290 2014
Spesifikasi
Enjin : 1,301cc, dua silinder, empat strok, V 75 darjah
Transmisi : Manual enam kelajuan,klac hidraulik PASC Slipper,
Kuasa maksimum :180hp @ 8,870rpm
Tork maksimum :144Nm @ 6,500rpm
Ciri keselamatan : Kawalan Cengkaman (TC), ABS
Brek hadapan : dua cakera 320mm dan angkup Brembo Monobloc empat piston
Brek belakang : cakera 240mm dan angkup Brembo dua piston
Suspensi : WP-USD 48mm di hadapan dan WP-Monoshock di belakang
Kapasiti tangki : 18L
Berat kering : 189kg

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 5

SAMSUNG CSC
SAMSUNG CSC
Previous Post

Aprilia Tuono Bawa Semangat Lumba

Next Post

Kepadatan kuasa Triumph Speed Triple

Next Post

Kepadatan kuasa Triumph Speed Triple

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved