Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Street Cub Coopy Mie Mike

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-22
in SHOW OFF, UTAMA
0

Minat disertakan profesion sebagai seorang pakar di bidang modifikasi kereta merupakan elemen-elemen sehingga terhasilnya Street Cub yang agak berbeza dari yang lain tetapi masih lagi dalam kelas Street Cub. Pertama kali melihat jentera ini, sudah semestinya kita teringin melihat lebih dekat lagi. Ini kerana keunikan bentuk dan ilham cipta yang cukup mengagumkan. Sesiapa yang melihat pasti terpikat.

Sg Petani Bike Meet berjaya menonjolkan beberapa bakat tersembunyi terutama di bidang modifikasi motosikal. Roadstar tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kejayaan dan mencungkil rahsia hingga terbinanya Honda C 70 (Coopy) ini. Memang sepadan bentuk motor ini dengan tubuh badan pemiliknya, Roshimi Abu Seman. Roshimi merupakan seorang anak jati Perlis, sudah berumahtangga dan mempunyai cahayamata. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu apabila diajukan soalan tentang rahsia pembikinan motosikalnya dari Honda C 70 (JBO) biasa sehingga terbinanya Honda C 70 (Coopy).

Beliau juga merupakan peminat motor retro, Yamaha RXZ dan Suzuki V 100 juga dimilikinya. Roshimi mula berjinak dengan motosikal sejak di bangku sekolah lagi. Yamaha CDI yang dimiliki bapanya merupakan motosikal pertama ditungganginya. Anak kedua dari 3 adik-beradik ini berkongsi minat dengan salah seorang adiknya yang merupakan penasihat serta penyokong tegar beliau dalam dunia permotoran.

Di kalangan pemilik motor Street Cub di Sg Petani, sebut saja nama Mie Mike atau “MacGyver” Sg Petani, maka kisah Honda C 70 Coopy akan kita dengar. Beliau mengusahakan bengkel mengetuk body kereta cukup sinonim dengan panggilan tersebut, ekoran hasil kerja yang cukup mengagumkan. Kreatif serta sikap ingin mencuba merupakan tonggak utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Begitu juga dengan idea pengubahsuaian motosikal. Semenjak dunia Street Cub diwujudkan dan popularitinya yang mendadak, Mie Mike telah berazam untuk menghasilkan sebuah Street Cub yang berbeza dari segi rupa bentuknya. Dalam masa yang sama mampu menawan hati masyarakat hasil ilham cipta anak tempatan.

Motosikal yang dibeli pada tahun 2014 dari jiran ini merupakan sebuah motosikal buruk dan tersadai. Pemilihan enjin Honda EX 5 bagi menggantikan enjin asal adalah langkah awal modifikasi motor tersebut. Penggunaan enjin Honda EX 5 maka kelajuannya akan bertambah tetapi bagi Mie Mike yang berjiwa sentimental ini, kelajuan bukanlah matlamat utama untuk Honda Coopy. Santai tetapi bertenaga itu sudah cukup, kekemasan dan juga berjaya menarik minat kepada yang melihatnya itu aspek paling penting bagi sesebuah Street Cub.

Rutin kerja harian dan pengorbanan masa yang terluang dihabiskan untuk modifikasi motor. Kesabaran yang tinggi mestilah ada kerana banyak tempat yang menjadi sambungan sewaktu pengubahsuaian tidak menepati citarasa dan terpaksa diubah semula. Antara yang paling rumit dan memerlukan tumpuan ialah penyambungan body tangki minyak. Ketepatan memilih body parts yang bersesuaian dengan tema motosikal tidak boleh dilakukan secara rambang. Justeru itu swing-arm belakang telah dipilih dari motosikal Yamaha RXS. Bentuknya yang bulat sesuai untuk Coopy. Handle bar yang terdapat di motosikal ini sememangnya tidak akan dapat jumpa di mana-mana kedai aksesori motor. Ini adalah hasil rekaan Mie Mike sendiri. Berteraskan konsep santai maka handle bar ala-ala easy Rider tinggi tidak menjuruskan ke arah ekstrem serta cukup mudah untuk mengawal semasa menunggang.

Pengunaan tali clutch dan tali minyak yang panjang dipasangkan memandangkan penggunaan handle bar yang tinggi. Lampu depan asal masih lagi dikekalkan. Di sini Mie mike telah memperlihatkan kreativitinya dengan menukarkan sarung lampu untuk tampil lebih klasik. Sementara suspensi depan masih lagi absorber yang asal. Penambahan spring di luar absorber tersebut telah menambahkan lagi kekemasan dan membuatkan ramai pemilik Street Cub bertanya di mana boleh dapat absorber sedemikian. Begitu juga dengan suspensi belakang, beliau telah menggunakan absorber boleh laras jenis TSR. Sememangnya Honda Coopy ciptaan anak kelahiran Perlis ini cukup menarik minat sesiapa yang melihatnya. Manakan tidak, seat atau pelana tempat duduknya yang sederhana kecil sinonim dengan warna motosikal. Rupa-rupanya seat tersebut juga datang dari idea beliau sendiri.

Hampir 90 peratus motosikal ini datang dari idea dan sentuhan beliau sendiri. Penggunaan rim depan yang bersaiz 1.25 dan dipadankan dengan tayar 120 dan rim belakang bersaiz 4.25 menggunakan tayar 160. Demi untuk lebih kuasa pada enjin motor, karburetor Modenas Kriss digunakan. Tidak lengkap andainya motor sudah cantik tanpa bunyi yang agak menarik atau mengancam. Mungkin bagi kebanyakan pemilik motosikal dari kelas yang sama akan memilih ekzos berjenama untuk hasil bunyi bagi menarik minat orang ramai. Tetapi tidak kepada Roshimi. Disinilah kelebihan Mie Mike kerana ekzos juga dari sentuhan dan idea sendiri dengan menggunakan besi ekzos kereta.

Sokongan padu dari keluarga telah menyemarakkan lagi cita-citanya dalam menghasilkan ciptaan unik yang memakan masa hampir 2 minggu bagi melengkapkan sebuah Honda Coopy. Menyentuh penglibatan dalam dunia Auto Show, buat pertama kalinya beliau mencuba menyertai pertandingan Auto Show pada pertengahan tahun 2014 bersama Honda Coopy ini. Boleh dikatakan setiap pertandingan Auto Show di utara semenanjung telah disertai Mie Mike.

Kos menyiapkan motor tersebut dianggarkan sebanyak 3k. Baginya dunia permotoran ialah dunia yang mencabar dan menguji kesabaran setiap penunggang. “Tiada sebarang kerjaya yang boleh menyekat dan ianya juga tanpa batas usia, kalau sudah minat dengan motosikal,” tegas Roshimi. Jika diberikan peluang, beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil ciptaannya ke peringkat antarabangsa pula.

 

 

Previous Post

Aprilia RS 250

Next Post

Pelancaran Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta

Next Post

Pelancaran Bengkel Motosikal Bergerak Petronas Sprinta

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved