Konvoi ke MotoGP merupakan acara tetap bagi kebanyakkan mereka yang mahu menyaksikan bahang perlumbaan MotoGP di Sepang. Dan buat tahun kedua konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang sentiasa ditunggu-tunggu bukan sahaja peminat MotoGP malah rakan media turut teruja mengikuti konvoi istimewa ini.
 
 
Skrip yang sama namun kali ini angka itu bertambah. Difahamkan lebih 300 bikers mengikuti konvoi kali musim ini bermula di stesen minyak Petronas Cyberjaya. Antara yang hadir menyertai konvoi ini selain geng media, terdapat group Harley Davidson dan pelbagai jenis segmen motosikal lain.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd, Mohd Zameer Zahur Hussain bukan sekadar merasmikan tetapi turut menyertai konvoi ke Sepang bersama peserta lain termasuk ahli Dania Garage, rakan strategik dan rakan jualan rasmi Petronas Sprinta.
 
 
Menarik sekiranya menyertai konvoi PETRONAS Sprinta ini, peserta diberi parking khas dan semua peserta konvoi hadir menyantuni booth PETRONAS iaitu PETRONAS Oasis, lokasi tumpuan peminat yang hadir ke MotoGP. Kesimpulan yang dapat penulis katakan adalah konvoi PETRONAS Sprinta bukan aktiviti konvoi biasa malah ia sudah menjadi satu entiti bagi kebanyakkan komuniti bikers menjelang tiba musim MotoGP Sepang.
 
 






















 
 