Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Yamaha YZF R6

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Hari ini dunia dua roda tidak lagi dibatasi oleh faktor gender. Seingat saya ketika aktiviti konvoi dan program jelajah motosikal berkembang seawal penghujung 90-an, motosikal berkuasa tinggi adalah hobi mewah, alat pengangkutan yang hanya mampu dimiliki oleh golongan elit sahaja. Pilihannya juga sangat terhad, skema pinjaman yang terbatas dan juga faktor pemilikan dengan kos penyelenggaraan yang tinggi. Bengkel membaiki superbike boleh dibilang dengan jari, alatganti yang biasa pun kadangkala berbulan perlu ditempah.

Setelah pasaran lebih terbuka, harga motosikal berkuasa tinggi kini mampu dimiliki oleh golongan pertengahan. Sistem pembelian dan pinjaman juga mula berubah. Paling ketara, kemasukan syarikat AEON dalam industri motosikal berkuasa tinggi menjadikan pinjaman lebih kompetetif. Dengan sebulan dua gaji pun dah boleh keluar sebuah superbike. Bengkel yang mengkhusus pada motosikal berkuasa tinggi pula berkembang dan alatganti juga mudah diperolehi.

Ini telah meluaskan lagi eksperimentasi yang mana kita boleh lihat kelab permotoran tumbuh bak cendawan selepas hujan. Lebih menarik lagi, kalau dulu kebanyakannya mengkhusus pada jenama motor, kini ada yang mengkhusus pada gender sahaja. Mereka terdiri dari pelbagai latarbelakang dari yang muda belia hingga surirumah (dengan suami yang cukup sporting!) yang tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama memeriahkan aktiviti.

Baru-baru ini kami berkesempatan berkenalan dengan saudari Nurul Haiza Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Haiza. Terkejut juga tengok skema warna motor R6 ni memang tak sangkalah kalau yang ridenya seorang awek. Sportbike ini pun bukannya boleh ditunggang kalau baru semalam nak apply lesen B full. R6 perlukan lebih kemahiran.

Haiza jatuh cinta dengan jentera 2 roda sejak di zaman persekolahannya lagi. Ketika itu beliau telah belajar menunggang Yamaha Virago 535. Kebolehannya mengendalikan motosikal berkuasa tinggi berterusan sehingga ke zaman kerjaya dengan membeli Kawasaki ER6 sebagai kenderaan hariannya.

Bekerja sebagai jurusolek artis memerlukan beliau bergerak ke sana dan ke mari dengan pantas. Pilihan jentera ER6 tadi jelas tepat memudahkan pergerakan beliau dari kediamannya di Kajang. Bertitik tolak dari situ beliau mula bergaul dengan kelompok penunggang wanita di sekitar ibu kota. Mereka menjelajah seluruh Malaysia dan bertemu dengan peminat serupa hampir di serata negeri. Kumpulan kecil ini bergabung dan ternyata kelompok kecil penunggang wanita ini mudah mesra walaupun merentasi sempadan negeri.

Dek kerana minat tadi, Haiza mengambil keputusan untuk membeli lagi sebuah jentera sport untuk tunggangan hujung minggunya. Pilihan beliau ialah Yamaha YZF R6 berwarna kuning. Sesuai dengan tema asalnya, beliau menggunakan skema warna perlumbaan MotoGP dengan beberapa pelekat yang diletakkan di posisi sesuai. Tayar asal telah digantikan dengan tayar Metzeler Z6 sementara sistem ekzos dinaiktaraf kepada set midpipe Y pipe custom dengan peredam bunyi Delkevic dari Britain.

Setiapkali waktu terluang, Haiza ride santai bersama rakan-rakannya ke Thailand. Ia dilakukan hampir setiap bulan sekurang-kurangnya sekali sebulan sama ada ke Hatyai, Krabi atau sehingga ke Koh Samui. Jika anda sukakan pemandangan mukabumi yang indah, menunggang motosikal adalah cara yang paling tepat, apatah lagi sebelah selatan di Thailand yang memiliki panorama indah samada di jalan kampung ataupun di pesisir pantainya yang memukau.

Bila melihat motor ini dan pemiliknya seorang perempuan memang saya jadi tambah cemburu. Bilalah bos nak bagi bonus besar ni boleh beli R1 terus ke macamana bos?

Previous Post

Road Star #58

Next Post

Ahrah Hidupkan Gaya Retro

Next Post

Ahrah Hidupkan Gaya Retro

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved